Seorang wanita dari Sallisaw, Oklahoma telah di tahan di Penjara Wilayah Sequoyah kerana cuba untuk menjual anaknya sendiri kepada seorang wanita dari Fort Smith, Arkansas. Misty Nicole Vanhorn, 22, dilaporkan telah menjual anaknya yang berusia 2 tahun dan 10 bulan pada harga $1,000 untuk setiap seorang atau $4,000 untuk kedua-dua mereka.
Vanhorn bertindak sedemikian kerana memerlukan wang untuk mengikat jamin teman lelakinya yang kini sedang dipenjarakan. Mengikut laporan polis, Vanhorn menggunakan laman sosial Facebook sebagai perantara untuk menghubungi wanita dari Fort Smith, Arkansas tersebut.
Mesej yang dihantar oleh Vanhorn berbunyi, "Sila datang ke Sallisaw. Hanya 30 minit perjalanan dan saya akan memberikan segala barang-barangnya. Kamu boleh memperolehinya selama-lamanya untuk $1,000." Anak-anaknya kini dibawah pengawasan pusat jagaan negeri.
0 comments:
Post a Comment