Seorang wanita dengan bayi dalam pelukannya membuat terjunan maut dari tingkat lapan sebuah bangunan pangsapuri yang terletak di New York.
Mujurlah bayi yang berusia 10 bulan tersebut terselamat walaupun berada dalam keadaan kritikal namun kini sudah semakin stabil di hospital Harlem.
Jurucakap polis New York mengesahkan wanita tersebut telah meninggalkan nota membunuh diri. Para saksi yang melihat kejadian terkejut apabila melihat ibu yang berusia 45 tahun itu terjun pada petang Rabu lalu.
"Saya berharap tidak menyaksikannya. Ianya detik cemas dan mengerikan. Bayi malang tersebut bingkas bangun dari dada ibunya dengan muka memandang ke bawah dan menangis. Ibu saya cuba mengambil bayi tersebut namun para penyiasat telah berada di situ." kata Steven Dominguez.
Sebelum kejadian, jiran berdekatan mengatakan terdengar jeritan yang berlaku di rumah wanita tersebut. Dia dikatakan benar-benar marah dengan seorang lelaki.
"Saya pulang ke rumah dan terdengar suatu pertengkaran. Tiba-tiba ianya berhenti lalu saya terdengar jeritan serta tangisan bayi. Dia hanya mengulangi kenapa kamu tidak mengangkat telefon? Kenapa kamu memberi tekanan kepada saya? Kenapa? Kenapa?" kata Johnson.
Polis masih tidak mendedahkan nama mangsa, namun berdasarkan jiran tetangga, mangsa dikatakan seorang peguam dan telah berkahwin.
0 comments:
Post a Comment