Selamat Datang Ke blog-ketegaq.blogspot.com

Blog terbaik yang menyediakan pelbagai cerita dan artikel menarik dari seluruh dunia. Like kami di facebook tanda sokongan anda dan untuk mendapat update artikel terkini dari kami.

Isu Semasa

Artikel-artikel terkini mengenai isu semasa dalam dan luar negara. Segalanya dari sumber-sumber yang boleh dipercayai.

Pelik

Segala fakta dan artikel mengenai perkara-perkara yang pelik boleh diperolehi di sini. Semua artikel adalah berdasarkan sumber dan kesahihannya anda sendiri tentukan.

Herba Dan Botani

Artikel mengenai tumbuh-tumbuhan yang digunakan untuk perubatan dan penjagaan kesihatan.

Alam Ghaib

Himpunan artikel mengenai alam ghaib yang sukar diperjelaskan dengan mata kasar. Admin mengalukan sumbangan artikel, gambar-gambar atau video untuk dikongsi bersama dalam blog ini.

Tuesday, July 24, 2012

Ikan keli albino terbesar pernah dipancing

BANGGA...Chris  Grimmer (kiri) bersama dua rakannya menunjukkan ikan keli  albino yang ditangkapnya, semalam.
BANGGA...Chris Grimmer (kiri) bersama dua rakannya menunjukkan ikan keli albino yang ditangkapnya
LONDON: Ikan gergasi ini membolehkan seorang pemancing warga Britain mencatatkan rekod baru.

Ikan itu, yang ditangkap oleh Chris Grimmer adalah ikan keli albino paling besar pernah ditangkap oleh seorang pemancing.

Ikan sepanjang 2.44 meter itu dan seberat 88 kilogram adalah satu kilogram lebih berat daripada yang ditangkap oleh wanita buta, Shelia Penfold, tahun lalu.

Chris, 35, menghabiskan masa 30 minit untuk cuba menaikkan ikan keliberkenaan selepas ia memakan umpannya.

Pemancing berasal dari Sheffield itu meraikan kejayaannya mencatatkan rekod baru itu dengan mengadakan jamuan bersama rakannya di tebing Sungai Ebro, berhampiran Barcelona, Sepanyol.

Ikan itu sungguh besar hingga menyebabkan batang pancing Chris bengkok dua apabila haiwan itu memakan umpan palet ikan halibut.

Suasana menjadi riuh di tebing sungai dengan orang ramai bersorak dan bertepuk tangan ketika dia menaikkan ikan berkenaan.

Sheila Penfold dari Wandsworth, selatan London, menangkap ikan keli albino seberat 86 kilogram pada Oktober tahun lalu.

Ikan keli terbesar pernah ditangkap di dunia ialah seberat 292 kilogram, Ikan Gergasi Mekong, yang ditangkap di Thailand pada 2005.

sumber- HMetro

Obor-obor tiruan dari sel jantung tikus

Obor obor tiruan berenang di dalam sebuah kontena air masin di lokasi yang tidak didedahkan

Menggunakan sel daripada jantung tikus dan silikon polimer yang amat nipis, sekumpulan saintis kelmarin melaporkan mereka telah mencipta obor-obor tiruan yang mungkin boleh menyelamatkan pesakit jantung.

Penemuan itu diharapkan mampu untuk menghasilkan sebuah pam untuk jantung.Seorang profesor kejuruteraan bio di Sekolah Kejuruteraan dan Sains Gunaan Universiti Harvard, Kevin Kit Parker mengetuai kajian untuk menghasilkan obor- obor tersebut.

Penciptaan itu membolehkan para saintis mengkaji sistem pam sekali gus menciptanya untuk kegunaan jantung manusia yang bermasalah. 

Obor-obor itu diletakkan di dalam sebuah tangki makmal yang mengandungi cecair yang boleh mengalirkan elektrik.

Para saintis itu kemudian meletakkan suis bagi menyalirkan tenaga elektrik berkuasa satu atau lima volt ke dalam cecair tersebut bagi membolehkan obor-obor itu bergerak.

sumber- Kosmo

Spesis Ikan Terkecil Di Dunia Ditemui Di Malaysia


DUNGUN – Spesis ikan paling kecil di dunia, ‘Paedocypris’ dari keluarga ‘Cyprinidae’ dengan saiz 7.8 milimeter ditemui di kawasan paya Bukit Bauk, di sini.

Pengarah Jabatan Perhutanan negeri Azmi Nordin berkata ikan tersebut ditemui semasa ekspedisi Bukit Bauk yang dianjurkan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia 2006.

“Beberapa ekor ikan dari famili Cyprinidae itu, spesis ikan paling kecil di dunia, ditemui di kawasan ini,” katanya kepada Bernama di sini, Selasa.

Azmi berkata berdasarkan kajian yang dibuat oleh Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), ikan tersebut tidak terdapat di tempat lain termasuk di luar negara setakat ini.

Beliau berkata pihaknya sedang mengambil langkah untuk membiak ikan itu supaya tidak pupus dan mungkin dijadikan daya tarikan pelancong pada masa akan datang.

Menurut Azmi buat masa ini pihaknya belum dapat menunjukkan ikan itu kepada umum kerana dibimbangi ada pihak yang akan mencarinya dan dijual dengan harga yang tinggi.

Lagipun, katanya, kawasan ikan itu ditemui terdedah kepada pengunjung dan besar kemungkinan orang akan tertumpu ke situ sekiranya kawasan itu dihebahkan.

“Ini satu aset untuk negeri dan jika ia pupus, rugilah,” katanya.

Beliau berkata selain itu, Bukit Bauk seluas 7,596 hektar juga mempunyai pelbagai khazanah berharga seperti pokok-pokok bunga yang masih belum dieksploitasi sepenuhnya. 

sumber- Bernama

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...