Selamat Datang Ke blog-ketegaq.blogspot.com

Blog terbaik yang menyediakan pelbagai cerita dan artikel menarik dari seluruh dunia. Like kami di facebook tanda sokongan anda dan untuk mendapat update artikel terkini dari kami.

Isu Semasa

Artikel-artikel terkini mengenai isu semasa dalam dan luar negara. Segalanya dari sumber-sumber yang boleh dipercayai.

Pelik

Segala fakta dan artikel mengenai perkara-perkara yang pelik boleh diperolehi di sini. Semua artikel adalah berdasarkan sumber dan kesahihannya anda sendiri tentukan.

Herba Dan Botani

Artikel mengenai tumbuh-tumbuhan yang digunakan untuk perubatan dan penjagaan kesihatan.

Alam Ghaib

Himpunan artikel mengenai alam ghaib yang sukar diperjelaskan dengan mata kasar. Admin mengalukan sumbangan artikel, gambar-gambar atau video untuk dikongsi bersama dalam blog ini.

Monday, October 1, 2012

Simpan mayat anak kerana tidak mahu berpisah

simpan mayat anak

BEIJING - Seorang bapa di Huangling sanggup menyimpan mayat anak lelakinya yang berumur 18 tahun di dalam peti sejuk sejak enam tahun lalu kerana tidak sanggup berpisah dengan anaknya.

Tukang kayu berumur 54 tahun itu juga nekad memasang generator elektrik untuk memastikan mayat anaknya tidak terjejas memandangkan kawasan tersebut kerap mengalami gangguan bekalan elektrik.

Menurut Tian Xueming, apabila sudah tiba masanya, dia dan isterinya akan mengebumikan anak mereka  mengikut upacara dan adat masyarakat setempat. 

sumber- MailOnline

Google Maps kesan kelibat UFO

misteri gambar UFO
Kelibat UFO ini dapat dilihat di dua kawasan berbeza di Amerika Syarikat menerusi aplikasi Google
TEXAS - Objek terbang tidak dapat dikenal pasti (UFO) di dua kawasan berbeza telah dapat dilihat menerusi aplikasi Google Maps sehingga mencetuskan persoalan mengenai kesahihannya.  

Difahamkan, objek misteri berwarna merah sedang berlegar-legar itu dapat di Jacksonville di Texas dan Sky City Casino Hotel di Acoma Pueblo di New Mexico.

Beberapa pihak membuat andaian bahawa objek tersebut mungkin terhasil daripada tindak balas lampu kilat kamera  atau pantulan cermin dari restoran berhampiran.

Wartawan stesen KLTV-TV, Jamey Boyum berkata, tiada penduduk yang mendakwa mereka ada melihat objek pelik di Jacksonville walaupun ia dapat dilihat dengan jelas menerusi aplikasi Google Street View itu.

"Kami telah menghubungi Google tetapi mereka belum memberi sebarang maklum balas," katanya. 

sumber- MailOnline

Tangan bionik

Mike Swainger
Mike Swainger
LONDON: Seorang bapa menjadi rakyat pertama di Britain yang mempunyai tangan bionik, di Perkhidmatan Kesihatan Nasional (NHS).

Mike Swainger, 33, gembira kerana diberi peluang untuk mencuba teknologi hebat selepas menawarkan diri untuk menjadi bahan eksperimen untuk syarikat yang membuatnya. 

Mike, yang kehilangan bahagian bawah tangan kanan dan kakinya ketika dilanggar oleh kereta api ketika usianya 13 tahun berkata, “Ia menukar hidup saya.” 

Bapa kepada tiga anak dipasang dengan tangan bionik yang mampu berfungsi membuka dan menutup tangan seperti tangan asli, selepas dia melakukan kajian dan menemui pembuatnya.

Tangan itu bergerak menggunakan elektrod yang disambungkan dengan otot di bahagian atas lengan.

Tangan bionik membantu Mike melakukan kerja biasa yang sebelum ini menjadi masalah padanya, seperti mengikat tali kasut dan kini dia memulakan hobi baru, iaitu memancing. 

Katanya, dia sangat seronok kerana akhirnya dapat berpegang tangan dengan anak perempuan bongsunya, Jodie, enam tahun. 

Mike yang berasal dari Hull juga menggunakan kaki palsu dan kerusi roda. 

Katanya: “Ia menggalakkan anda mencuba sesuatu yang baru dan juga dapat memulakan perbualan dengan orang lain. Saya terdengar seorang kanak-kanak berkata, ‘Lihat, ia robot.’” 

sumber-TS

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...