Selamat Datang Ke blog-ketegaq.blogspot.com

Blog terbaik yang menyediakan pelbagai cerita dan artikel menarik dari seluruh dunia. Like kami di facebook tanda sokongan anda dan untuk mendapat update artikel terkini dari kami.

Isu Semasa

Artikel-artikel terkini mengenai isu semasa dalam dan luar negara. Segalanya dari sumber-sumber yang boleh dipercayai.

Pelik

Segala fakta dan artikel mengenai perkara-perkara yang pelik boleh diperolehi di sini. Semua artikel adalah berdasarkan sumber dan kesahihannya anda sendiri tentukan.

Herba Dan Botani

Artikel mengenai tumbuh-tumbuhan yang digunakan untuk perubatan dan penjagaan kesihatan.

Alam Ghaib

Himpunan artikel mengenai alam ghaib yang sukar diperjelaskan dengan mata kasar. Admin mengalukan sumbangan artikel, gambar-gambar atau video untuk dikongsi bersama dalam blog ini.

Saturday, December 22, 2012

Akuarium Jerung pecah, 15 tercedera

Akuarium yang menempatkan beberapa ekor jerung telah pecah di sebuah pusat beli belah di Nanjing, China. Insiden yang berlaku ini telah menyebabkan 15 individu tercedera termasuk pelanggan dan juga para pekerja. Seorang lelaki berusia 30an telah menjadi mangsa dari runtuhan cermin akuarium. Akibatnya, tulang kakinya patah dan mengalami luka-luka serta lebam.

akuarium pecah

Tiga ekor jerung yang dibesarkan dalam akuarium tersebut telah terkorban dalam kejadian yang berlaku kira-kira pada pukul 7.50 petang waktu tempatan. Pasukan polis masih menyiasat punca kejadian. Lapan yang tercedera dipercayai adalah pelanggan dan selebihnya adalah pembantu gerai dan juga petugas keselamatan.

Akuarium ini telah dibina kira-kira dua tahun lalu. Beberapa kaunter kosmetik sekitar akuarium rosak teruk manakala air melimpah  keluar pusat membeli-belah tersebut. "Ianya pecah dan runtuh secara tiba-tiba," kata salah seorang mangsa yang dikenali sebagai Li. Dia telah tercedera akibat ditimpa bingkai besi.

Saksi lain berkata, beberapa mangsa cuba untuk bangun dan meminta pertolongan manakala sebilangan pekerja dibawa keluar oleh rakan-rakan mereka. Kesemua kecederaan berlaku dalam pusat membeli belah tersebut kecuali seorang lelaki yang tercedera ketika sedang berlegar diluar.

Chen Yongping, pegawai pengurusan pusat membeli-belah tersebut berkata, akuarium ini diperbuat dari gelas acrylic dengan ketebalan 15 cm. Kerja-kerja mencuci dan menukar air dilakukan setiap minggu. Akibat kejadian itu, seluruh kawasan ini telah ditutup dan para pelanggan diminta untuk beredar. Kebiasaannya, pusat beli-belah ini hanya ditutup pada pukul 10 malam setiap hari.

Akuarium ini sangat popular dan menjadi tarikan semenjak pembukaannya pada Hari Kebangsaan dua tahun yang lalu. Ianya dihuni pelbagai hidupan laut seperti jerung, penyu dan beberapa spesis lain. Pada Jun lalu, dua ekor jerung telah mati akibat paip pecah. Empat ekor penyu turut terpaksa dipindahkan selepas insiden bulan itu. "Pada masa akan datang, kami tidak akan membina akuarium lagi," kata Chen.

Remaja pontianak di China

gigi seakan pontianak

Seorang remaja dari China ditumbuhi dua gigi tajam menyebabkan dia kelihatan seperti pontianak. Wang Hui, ibu kepada remaja tersebut membawa anaknya Wang Pengfei, 16, ke hospital untuk pemeriksaan pada awal minggu ini.

Ketika lahir, remaja dari Chongqing, barat daya China ini hanya ditumbuhi rambut yang sedikit dan mempunyai dua gigi yang tajam. Doktor mengatakan Pengfei hanya boleh dilakukan pembedahan setelah meningkat dewasa. Kos untuk rawatan menelan belanja sekitar 70,000 hingga 80,000 Yuan.

sinar x

Wang Hui berkata anaknya lebih terasing setelah menjadi remaja. Dia cenderung untuk menyerang rakan sekelas yang menjeling atau berbisik mengenainya. Pengfei malu dengan keadaan dirinya dan menolak untuk bergambar. "Dia tiada kawan dan sedar bahawa dia berbeza dengan kanak-kanak lain."

Bertemu semula selepas 20 tahun

APABILA ibu gorila gagal menjaga anak yang dilahirkannya, seorang penjaga Zoo London, Ron Smith dan isteri, Barbara bertindak menyelamatkan bayi itu dengan menjadi keluarga angkatnya.

Salome
Foto menunjukkan Salome yang masih bayi dan dijaga oleh Smith. (Gambar kanan) Smith tidak dapat menahan sebak melihat kehidupan Salome.
Mereka yang tidak dikurniakan anak, menamakan bayi gorila berusia setahun itu dengan nama Salome dan menjaganya seperti anak mereka sendiri.

Dalam tahun 1990, Smith mengambil keputusan untuk menyerahkan Salome, 13, kepada pihak zoo kerana faktor umur. Dua tahun kemudian, Salome dipindahkan ke Zoo Bristol, Britain.

Selepas 22 tahun berpisah, Smith diberi kesempatan bertemu dengan Salome di Zoo Bristol secara dekat.

Smith menitiskan air mata sebaik sahaja melihat kelibat Salome, 36, yang kini ibu kepada tiga ekor gorila.

"Dia nampak sangat baik. Saya sangat gembira dapat melihatnya dan harap Salome masih mengenali saya sebagai bapa angkatnya," kata Smith. 

sumber- MailOnline

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...