Selamat Datang Ke blog-ketegaq.blogspot.com

Blog terbaik yang menyediakan pelbagai cerita dan artikel menarik dari seluruh dunia. Like kami di facebook tanda sokongan anda dan untuk mendapat update artikel terkini dari kami.

Isu Semasa

Artikel-artikel terkini mengenai isu semasa dalam dan luar negara. Segalanya dari sumber-sumber yang boleh dipercayai.

Pelik

Segala fakta dan artikel mengenai perkara-perkara yang pelik boleh diperolehi di sini. Semua artikel adalah berdasarkan sumber dan kesahihannya anda sendiri tentukan.

Herba Dan Botani

Artikel mengenai tumbuh-tumbuhan yang digunakan untuk perubatan dan penjagaan kesihatan.

Alam Ghaib

Himpunan artikel mengenai alam ghaib yang sukar diperjelaskan dengan mata kasar. Admin mengalukan sumbangan artikel, gambar-gambar atau video untuk dikongsi bersama dalam blog ini.

Thursday, January 17, 2013

Kolam renang dalam van di China

Kolam renang awam di China dikatakan terlalu sesak, kotor, dan kanak-kanak amat dilarang untuk mendekatinya. Disebabkan masalah tersebut, seorang bapa tekad menyediakan sendiri kolam renang istimewa untuk anaknya.

Kolam renang dalam van di China

Dia membuang kesemua tempat duduk belakang dalam vannya. Kemudian dia menggunakan nilon dan juga dawai untuk menghasilkan kolam renang. Kolam tersebut diisi dengan air dan akhirnya sedia untuk digunakan.

Kolam renang dalam van di China

Kolam ini berkeluasan sekitar 1.7x1.3 meter dengan isian air paras kedalaman kira-kira 20 sentimeter. Kanak-kanak yang ditemuramah mengatakan, "Gembira!Hebat dan selesa!" Dia sendiri mengakui gemar bermain dalam kolam renang tersebut hampir setiap hari. Ayahnya pula mengatakan van tersebut tidak lagi digunakan dan ianya cara terbaik bagi menjamin anaknya sentiasa bersih dan selamat ketika berenang. Mereka sekeluarga tinggal di Wenzhou, Zhejiang, China.

Kolam renang dalam van di China
Kolam renang dalam van di China

Video: Kehebatan ninja dari China membaling daun terup

Membelah buah-buahan dengan hanya membaling daun terup seperti seorang ninja bukan lagi sesuatu yang luar biasa. Sudah terlalu ramai individu yang mampu melakukan aksi sebegitu.

Kehebatan ninja dari China membaling daun terup

Bagi lelaki dari daerah Xishui, wilayah Hubei, China ini, ianya terlalu mudah dan langsung tidak mencabar. Justeru dia mula melakukan sesuatu aksi yang lebih menakjubkan iaitu dengan membelah tin minuman.

Kehebatan ninja dari China membaling daun terup

Feng Yangxu, 23, benar-benar melakukan aksi tersebut dan siapa sangka kesan dari belahan tin ini datangnya hanya dari sekeping daun terup. Tidak tahu berapa lama masa yang diambil untuk dia berlatih dan berjaya membuat aksi sebegitu.

Yangxu mengakui bahawa dia telah membaling ribuan set daun terup sepanjang hidupnya. Apakah pula yang bakal berlaku jika Yangxu membaling kad-kad ini pada manusia ataupun haiwan hidup?

Kehebatan ninja dari China membaling daun terup

Video: Tradisi panah ayam hidup-hidup di China

Acara dari Festival Ais dan Salji Jilin yang diadakan di Yanji ini mungkin kelihatan agak kejam. Ayam hidup diikat tergantung pada dinding lalu dijadikan sasaran untuk memanah.

Tradisi panah ayam hidup-hidup di China

Ianya merupakan tradisi turun temurun yang diamalkan oleh etnik Korea yang tinggal di China dan merupakan acara wajib bagi festival tersebut. Tidak diketahui ayam-ayam yang malang ini kemudiannya dimakan atau dibuang.

Tradisi panah ayam hidup-hidup di China

Walaupun ada pelancong yang berasa simpati dengan nasib ayam-ayam tersebut, mereka tetap harus menghormati tradisi ini.

Tradisi panah ayam hidup-hidup di China

Difahamkan ada sesetengah ayam ini yang dipanah berkali-kali namun masih tetap hidup. Mungkin disebabkan sasaran peserta tidak terlalu tepat mengenai organ atau bahagian yang berbahaya kepada ayam tersebut.

Tradisi panah ayam hidup-hidup di China

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...