Selamat Datang Ke blog-ketegaq.blogspot.com

Blog terbaik yang menyediakan pelbagai cerita dan artikel menarik dari seluruh dunia. Like kami di facebook tanda sokongan anda dan untuk mendapat update artikel terkini dari kami.

Isu Semasa

Artikel-artikel terkini mengenai isu semasa dalam dan luar negara. Segalanya dari sumber-sumber yang boleh dipercayai.

Pelik

Segala fakta dan artikel mengenai perkara-perkara yang pelik boleh diperolehi di sini. Semua artikel adalah berdasarkan sumber dan kesahihannya anda sendiri tentukan.

Herba Dan Botani

Artikel mengenai tumbuh-tumbuhan yang digunakan untuk perubatan dan penjagaan kesihatan.

Alam Ghaib

Himpunan artikel mengenai alam ghaib yang sukar diperjelaskan dengan mata kasar. Admin mengalukan sumbangan artikel, gambar-gambar atau video untuk dikongsi bersama dalam blog ini.

Tuesday, March 5, 2013

Saya mahukan teman lelaki

Seorang wanita duduk di People’s Road Central yang terletak di Guangzhou, China, sambil membawa sebuah papan tanda. Apa yang cuba dilakukannya ialah mengemis supaya seseorang menjadi teman lelakinya.

hanya di China

Pada papan tanda itu, wanita tersebut telah menulis ciri-ciri yang diperlukan berserta butiran bagi menghubunginya. Antara syarat utama yang diberikan ialah mestilah seorang lelaki yang baik. Dia mengatakan bahawa dia langsung tidak menghiraukan kekayaan.

hanya di China

Sembur cat untuk hijaukan rumput

Pihak berkuasa tempatan mengatakan ianya baja berwarna hijau. Namun penduduk setempat mendakwa ianya sebenarnya adalah cat bagi menyerlahkan kehijauan pada rumput-rumput tersebut.

Sembur cat untuk hijaukan rumput

Penduduk di bandar Chengdu berkata, mereka amat terkejut setelah melihat pekerja perbandaran menyembur cat berwarna hijau di kawasan taman.

"Dua pekerja menyemburnya pada rumput dan mengubah warna rumput dari kuning kepada hijau. Adakah mereka sebenarnya sedang mengecat rumput? Tidakkah cat tersebut akan mencemarkan alam sekitar?" kata seorang penduduk.

Sembur cat untuk hijaukan rumput

Jabatan Landskap bandar Chengdu menolak dakwaan tersebut dan mengatakan ianya bukanlah 'cat hijau' sebaliknya adalah 'ejen penghijauan'. Ianya dikatakan mengandungi cecair nutrien dan baja yang mampu meningkatkan ketahanan serta rupa rumput itu sendiri.

Pihak berkuasa tempatan berkata, kekurangan pemakanan tumbuhan membuatkan rumput menjadi kuning ketika musim sejuk dan jika tidak dirawat, rumput-rumput ini akan mati ketika musim panas.

Rumah di tengah sungai yang sungguh menarik

Rumah yang dibina di tengah-tengah sebatang sungai yang luas ini terletak di Taman Negara Tara berdekatan bandar Bajina Basta, Serbia. Rumah ini dinamakan Rumah di Sungai Drina atau dalam bahasa tempatan dipanggil Kućica na Drini (Kućica na steni). Tiada jiran malah tiada tanah melainkan seketul batu besar yang menjadi tapak pembinaannya.

Rumah di tengah sungai yang sungguh menarik

Agak menakutkan untuk tinggal disitu apatah lagi ketika musim hujan takut kalau berlakunya banjir dan dihanyutkan air deras. Rumah ini dikatakan hanyalah untuk aktiviti rekreasi serta riadah dan bukannya sebagai tempat tinggal oleh mana-mana keluarga. 

Rumah di tengah sungai yang sungguh menarik

"Rumah ini dibina pada tahun 1968. Bukannya mudah untuk membinanya di situ. Akhirnya saya berjaya menyiapkan dengan bantuan rakan-rakan," kata tuan rumah tersebut. Tambahnya rumah ini amat sesuai untuk sesiapa yang ingin bercuti.

Rumah di tengah sungai yang sungguh menarik
Rumah di tengah sungai yang sungguh menarik
Rumah di tengah sungai yang sungguh menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...