Saturday, July 21, 2012

23 kematian pelik dalam sejarah

mati paling pelik dalam sejarah

1. Meninggal kerana berniat menggapai bayangan bulan di air
Penyair China Li Po (abad VII-VIII Masihi) merupakan penyair terkenal yang gemar meminum minuman keras. Suatu hari, dia menaiki perahu melalui sungai Yangtze dalam keadaan mabuk. Dia terpandang bayangan bulan di dalam air. Dengan pemikirannya yang kurang waras, dia berusaha menggapai bayangan tersebut dan ingin memeluknya.Akhirnya dia terjatuh ke dalam air lalu lemas.

2. Meninggal kerana janggut
Hans Steininger merupakan warga Austria yang terkenal kerana janggutnya yang terpanjang di dunia. Panjangnya sekitar 140 cm. Pada tahun 1567, terjadi kebakaran yang menyebabkan semua orang bertempiaran lari. Pada hari tersebut, dia terlupa untuk mengikat janggutnya. Akibat terburu-buru, dia terpijak janggutnya sendiri lalu terjatuh. Lehernya patah dan akhirnya dia meninggal dunia..

3. Meninggal kerana menahan kencing
Tycho Brahe (1546-1601) adalah seorang ahli astronomi. Pada tahun 1601, dia menghadiri jamuan makan malam yang sangat lama di Prague (sekarang dipanggil Czech). Adat pada masa itu dianggap tidak sopan jika seseorang menghilangkan diri walaupun hendak keluar membuang air kecil. Akibatnya, dia terpaksa menahan kencing sepanjang jamuan berlangsung. Kesan dari perkara tersebut pundi kencingnya mengalami masalah dan terkena jangkitan (sistitis). Dia meninggal dunia 11 hari kemudian.

4. Meninggal kerana tongkat konduktor
Jean Baptiste Lully merupakan konduktor yang memimpin orkestra ketika keramaian Louis XIV yang sembuh dari sakit pada tahun 1687. Ketika beraksi, tongkat tersebut telah terjatuh tepat ke ibu jari kakinya. Terjadi jangkitan yang menyebabkan jari kakinya bernanah dan busuk. Ia terpaksa dipotong namun Lully menolak perkara tersebut. Akhirnya jangkitan tersebut merebak ke seluruh badan lalu dia meninggal dunia.

5. Meninggal kerana tergigit lidah sendiri
Allan Pinkerton (1819-1884) adalah seorang agen detektif yang terkenal dari Pinkerton detective agency. Ketika berjalan di laluan pejalan kaki, dia tergelincir dan secara tidak sengaja tergigit lidahnya sendiri. Lidahnya di jangkiti kuman dan menjadi penyebab kematiannya.

6. Meninggal kerana menendang peti
Tragedi ini adalah senasib dengan Lully tetapi kejadian ini berlaku pada awal abad ke-20. Jack Daniel ialah seorang pengusaha whiskey yang terkenal dari Tennessee, Amerika Syarikat. Pada suatu pagi, dia ingin membuka sebuah peti namun dia lupa kod kombinasinya. Dia mengamuk lalu menendang peti tersebut. Salah satu jarinya terluka sehingga menyebabkan jangkitan kuman yang membawa maut.

7. Meninggal kerana kulit limau
Bobby Leach (1858-1926) adalah seorang pelagak ngeri. Dia juga merupakan individu ke dua yang berjaya menakluki air terjun Niagara. Dia meninggal dunia pada tahun 1926, dua bulan selepas kakinya terpaksa dipotong. Ianya bukanlah disebabkan oleh lagak ngeri yang dilakukannya, tetapi sebenarnya disebabkan tergelincir akibat terpijak kulit limau di jalanan di New Zealand. Kakinya patah dan berlaku jangkitan yang amat teruk. Ketika itu antibiotik belum lagi ditemui.

8. Meninggal kerana paracut gagal mengembang
Pada tahun 1912 Franz Reichelt mendakwa dirinya berjaya mencipta jaket berparacut. Ianya adalah satu penemuan baru. Lompatan percubaan dilakukan dari puncak menara Eiffel. Perancangan sebelumnya adalah untuk menjalankan percubaan tersebut menggunakan patung. Namun Franz memutuskan untuk memakainya sendiri. Ternyata apa yang ditakutkan orang ramai menjadi kenyataan. Jaket tersebut gagal berfungsi dan Franz mati di tempat kejadian.

9. Meninggal setelah diracun, ditembak 4 kali, dipukul, dan akhirnya di tenggelamkan
Grigori Rasputin (1869-1916) pada mulanya diracun menggunakan sianida. Dos yang diberikan mencukupi untuk membunuh 10 orang dewasa. Tahap keracunan sianida hilang akibat pemanasan makanan dan Rasputin tidak mati. Tidak lama kemudian dia ditembak dari belakang oleh Felix Yusupov dan sekutunya. Rasputin tetap masih hidup. Nyawanya begitu liat sehinggakan di tembak 3 kali lagi masih tetap bernyawa. Akhirnya Rasputih dipukul menggunakan tongkat dan seterusnya ditenggelamkan ke Sungai Neva yang sejuk. Dari hasil pembedahan, mereka mengesahkan bahawa dia mati akibat lemas.

10. Meninggal kerana bola lisut
Ray Chapman (1891-1920) dikenali sebagai satu-satunya pemain yang mati dalam pertandingan bola lisut. Dia disahkan meninggal dunia disebabkan pendarahan kepala akibat terkena bola yang dilemparkan oleh Carl Mays. Pada masa itu, bola lisut sering dilumurkan tanah sebelum dibaling bagi mengelirukan lawan untuk melihat bola.

11. Meninggal kerana selendang
Isadora Duncan (1877-1927) dikenali sebagai tokoh tarian moden. Dia gemar memakai selendang ketika berjalan. Pada September 1927,dia menaiki kereta dengan tingkap terbuka. Dia memecut dengan kelajuan tinggi. Ketika itu dia memakai selendang yang bersaiz besar. Dengan kelajuan kenderaannya, tanpa disangka selendangnya terbang lalu dia tercekik.

12. Meninggal ketika mengkritik Hitler
Pada tahun 1943, seorang pengkritik ideologi Nazi yang bernama Alexander Woolcott meninggal setelah mengalami serangan jantung ketika sedang memberi ucapan mengenai Adolf Hitler.

13. Meninggal di pentas konsert
Leslie Harvey, gitaris Stone the Crows, meninggal pada tahun 1972 kerana terkena kejutan elektrik dari mikrofon yang digunakan di atas pentas.

14. Meninggal siaran langsung di TV
Christine Chubbuck (1944-1974) merupakan satu-satunya wartawan televisyen yang meninggal ketika siaran langsung. Dia menembak kepalanya sendiri ketika Suncoast Digest (WXLT-TV) bersiaran pada 15 Julai 1974 dengan revolver 38 mm.Chubbuck sebelum itu dikatakan mengalami masalah peribadi yang mengundang tekanan jiwa.

15. Meninggal "dibunuh robot"
Robert Williams ingin mengambil sesuatu barang di atas rak simpanan Ford Motor 's Flat Rock kerana robot tidak berfungsi. Tiba-tiba robot tersebut bergerak dan lengannya menghentak kepala Williams. Robert meninggal pada 25 Januari 1979. 2 tahun kemudian, kemalangan serupa berlaku di Jepun. Kenji Urada gagal mematikan robot yang akhirnya secara tidak sengaja badannya sendiri termasuk dalam mesin penggiling.

16. Meninggal terkena kipas helikopter
Victor Morrow (1929-1982) dan 2 orang pelakon kanak-kanak yang bersamanya mati terpenggal oleh kipas helikopter di lokasi penggambaran 'Twilight Zone' pada tahun 1982. Kes ini mendorong kerajaan Amerika Syarikat menyemak semula undang-undang perlindungan tenaga kerja kanak-kanak dan peraturan-peraturan keselamatan serta jaminan keselamatan di lokasi penggambaran.

17. Meninggal kerana kaktus
Tahun 1982, David Grundman dan seorang rakannya membuat pemburuan ke atas kaktus. Mereka akhirnya bertemu sepokok kaktus besar. Kaktus ini adalah kaktus Saguaro setinggi hampir 8 meter yang berumur kira-kira 100 tahun. Di depannya terdapat sepokok kaktus kecil. Mereka menembak kaktus kecil dahulu kemudiannya kaktus besar. Kaktus tersebut ditembak sehingga berlubang dan secara tidak sengaja tumbang ke atas Grundman.

18. Meninggal keranapenutupp botol
Tennessee Williams (1911-1983), penulis drama Amerika Syarikat, mati kerana tercekik penutup botol yang ditelan ketika dia mabuk di sebuah hotel di New York. Hal ini disyaki berkaitan dengan kebiasaannya meletak penutup botol di kedua-dua mata dan mulutnya ketika sedang minum.

19. Meninggal ketika berlawak
Dick Shawn (1924-1987) sedang membuat lawak mengenai kempen politik di Amerika Syarikat. Setelah mengatakan "I will not lay down on the job!" (Saya tidak akan meletakkan jawatan!), dia langsung terbaring di lantai. Penonton ingatkan ini adalah sebahagian dari jenakanya tetapi apabila terlalu lama dia membaringkan diri, petugas disitu curiga dan memberi bantuan kecemasan. Tidak lama kemudian ia pun meninggal.

20. Meninggal terpijak tahi lembu
Pada tahun 1991, seorang wanita Thailand berusia 57 tahun bernama Yooket Paen, tergelincir terpijak tahi lembu di kebunnya Setelah itu, dia terpegang kabel tanpa penebat, dan terkena kejutan elektrik sehingga meninggal. Setelah pengkebumiannya, adik Paen datang ke kebun tersebut. Dia juga tergelincir terpijak tahi lembu dan terpegang kabel elektrik lalu meninggal,.

21. Meninggal kerana biri-biri
Pada tahun 1999, Betty Stobbs sedang memberi makan biri-birinya dengan motorsikal. Makanan untuk biri-biri terletak diruang belakang motornya. Biri-biri tersebut terlalu lapar dan menyerbu motornya sehingga menyebabkan dia terjatuh ke dalam jurang sedalam 30 meter. Motor tersebut pula menghempap dirinya sehingga mati. 

22. Meninggal kerana rak buku
November 2006, Mariesa Weber (38 tahun) dilaporkan hilang. Sudah 2 minggu dia tidak ditemui keluarganya . Akhirnya dia ditemui berada di bawah selerakan buku dari rak yang jatuh. Dikatakan kemungkinan besar dia mati ketika berdiri di atas meja bersebelahan rak tersebut untuk membetulkan antena televisyen dan malang yang berlaku apabila dia terjatuh lalu dihempap rak tersebut.

23. Meninggal kerana game online
Pada tahun 2005, Lee, seorang warga Korea Selatan berusia 28 tahun, mati setelah bermain Starcraft 50jam tanpa henti di Daegu. 

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...