Saturday, July 21, 2012

Senyum lihat gambar mangsa pukul

Senyum lihat gambar mangsa pukul
Muhammad Izzariq (dua dari kiri) dibawa keluar dari mahkamah.
GEORGETOWN - Seorang pembantu kedai tersenyum apabila diminta oleh Mahkamah Majestret untuk melakukan pengecaman terhadap gambar mangsa yang dipukulnya.

Muhammad Izzariq Yusof, 22, didapati melihat gambar mangsa dan kemudian dengan selamba tersenyum ketika diminta mengecamnya.

Remaja dari Jalan Madrasah, Jelutong, didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas Ho Gim Hang, 20, di Kedai Internet No 30 A Medan Angsana 2 Bandar Baru, di sini.

Menerusi pengecaman gambar, mangsa mengalami kecederaan parah di kepala akibat dihentak dengan topi keledar yang dipercayai berpunca dari perselisihan faham ketika antara mereka berdua.

Izzariq didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tiga tahun atau denda atau sebatan atau dengan mana-mana dua daripadanya.

Selepas mengaku bersalah di hadapan Majistret Noor Aini Yusof, dia memohon agar diringankan hukuman.

Timbalan Pendakwa Raya, Nur Azizah Jaafar memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal kerana Izzariq melakukan kekejaman terhadap mangsa dan ia wajar menjadi pengajaran kepadanya.

Noor Aini kemudian menjatuhkan hukuman denda RM4,000 atau penjara enam bulan jika gagal menjelaskannya.

sumber- Sinar

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...