ANNA duduk di ruang kawalan robot itu. |
TOKYO - Syarikat Suidobashi di Jepun mencipta robot setinggi empat meter yang boleh dikawal dengan menggunakan telefon iPhone, lapor akhbar MailOnlone kelmarin.
Ia juga boleh dikawal dengan sebarang telefon bimbit yang mempunyai rangkaian 3G.
ORANG ramai melihat robot Kuratas pada Festival Takjub di Chiba kelmarin. |
Robot yang bernama Kuratas itu dijual pada harga AS$1 juta (RM3.16 juta). Bagaimanapun, pergerakan robot itu juga boleh dikawal di ruang kokpit.
Dalam demontrasi pada Festival Takjub di Chiba, kelmarin, seorang wanita yang dikenali sebagai Anna duduk di dalam kokpit itu yang mengandungi peralatan untuk mengawal pergerakan robot tersebut.
Dua jurutera, Wataru Yoshizaki dan Kogoro Kurata terlibat dalam penciptaan robot tersebut sejak 2010.
sumber- Agensi
0 comments:
Post a Comment