Aizat |
KUALA LUMPUR:
Penyanyi dan komposer Aizat Amdan menganggap anak-anak yatim adalah
golongan istimewa dan individu yang paling tabah mengharungi hidup
dalam keadaan serba kekurangan.
Aizat berkata, tidak semua
manusia mampu menjalani kehidupan tanpa ibu dan bapa di sisi pada usia
muda apatah lagi setiap kali menyambut Hari Raya.
"Saya begitu
seronok dapat bersama anak-anak yatim kerana mereka adalah antara
insan yang tabah dalam mengharungi kehidupan tanpa kehadiran ibu dan
bapa.
"Setiap tahun saya akan cuba meluangkan masa mengadakan
majlis berbuka puasa bersama-sama mereka dan Alhamdulillahlah ini
adalah tahun keempat pihak Kasi Gegar Entertainment menganjurkan
program seperti ini,” ujarnya kepada mStar Online.
Dalam
majlis berbuka puasa dan solat Maghrib yang diadakan di Masjid Al
Syakirin, KLCC itu, Aizat bersama kira-kira 60 anak yatim yang
didatangkan dari Kampung Melayu Subang dekat sini dan Seremban, Negeri
Sembilan.
Aizat menyampaikan sumbangan kepada anak-anak yatim yang hadir pada majlis tersebut. |
Aizat
berkata, dia sengaja memilih untuk mengadakan majlis tersebut di
masjid adalah kerana ingin mewujudkan perasaan sama rata di antara
manusia tanpa mengira darjat dan status.
"Masjid adalah tempat mulia dan kita (manusia) adalah sama di sisi Allah dan saya mahu mencipta suasana dan perasaan itu.
"Sebab itu juga, semua yang hadir akan makan makanan yang sama serta merasai duduk bersila di atas lantai," katanya.
Dalam
pada itu, Aizat memberitahu dia berhasrat untuk menjadikan program
tersebut sebagai aktiviti tahunan syarikatnya dan berharap perkara itu
akan mendapat keberkatan daripada Allah.
sumber- MStar
sumber- MStar
0 comments:
Post a Comment