Friday, August 24, 2012

Gagal larikan alat ganti basikal

Gagal larikan alat ganti basikal
Ahli PPKM membawa turun lebih 70 kotak alat ganti basikal di Ibu Pejabat Polis Daerah Kulim
KILANG LAMA (KULIM) - Empat lelaki lingkungan 20-an ditahan polis bersama Pertubuhan Prihatin Kebaktian Masyarakat Kulim (PPKM) ketika cuba melarikan lori bersama muatan alat ganti basikal pelbagai jenama dari sebuah kilang, kira-kira jam 12.45 tengah hari, kelmarin.

Pengerusi PPKM, Khor Eng Khim berkata, beliau mendapat maklumat daripada orang awam, empat suspek berada di luar kilang dalam keadaan mencurigakan.

Beliau kemudiannya mengarahkan ahli yang sedang membuat rondaan memantau lokasi terbabit menggunakan alat perhubungan.

“Apabila ahli PPKM tiba di tempat kejadian, mereka dapati pengawal keselamatan kilang itu diikat. Saya kemudiannya memaklumkan kejadian itu kepada polis dan meminta ahli PPKM mengepung kilang terbabit.

"Dua suspek berjaya ditahan, manakala dua lagi melarikan diri melalui pagar belakang kilang. Bagaimanapun suspek yang melarikan diri berjaya ditahan semula beberapa minit kemudian, " katanya.

Eng Khim berkata, berdasarkan pengakuan yang dibuat suspek, mereka sudah melarikan lori dan muatan alat ganti basikal itu ke Pulau Pinang.

Bagaimanapun polis berjaya menahan lori muatan alat ganti basikal berkenaan dan dipercayai ia merupakan trip kedua kumpulan itu setelah percubaan pertama mereka berjaya.

Polis kemudiannya menahan pembeli alat ganti basikal itu di Pulau Pinang dan semua suspek ditahan di lokap Balai Polis Kulim untuk siasatan.

sumber- Sinar

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...