Friday, August 24, 2012

Media UK hati-hati guna gambar isu bogel Putera Harry

Portal AS sebar gambar bogel didakwa Putera Harry
Paparan muka depan portal TMZ yang menyiarkan gambar Putera Harry dalam keadaan bogel di sebuah hotel mewah.
LONDON – Media United Kingdom (UK) mengambil langkah berhati-hati dalam soal menggunakan gambar bogel Putera Harry sementara Istana St. James mengesahkan pihaknya sudah berhubung dengan Suruhanjaya Aduan Akhbar (PCC) berkenaan penggunaan gambar berkenaan.

Pihak Istana St James difahamkan sejumlah akhbar mempertimbangkan untuk menggunakan gambar Harry tetapi sehingga kini tiada satu penerbitan pun yang menyiarkannya lagi kecuali laman-laman blog.

Ini kerana gambar yang dirakam itu dipercayai terikat dengan hak privasi seseorang individu.

Seorang daripada bekas editor di salah sebuah penerbitan surat khabar menjelaskan bahawa semua penerbitan media di UK terikat dengan peraturan Inkuiri Leveson.

Katanya, badan itu telah ‘meneutralkan’ akhbar-akhbar UK.

Kelmarin, dua keping gambar bogel Putera Harry yang sedang berparti di Las Vegas telah tersebar laman gosip popular Amerika Syarikat, TMZ.

Pihak Istana St James juga juga telah mengesahkan individu dalam gambar itu adalah Putera Harry dan sudah menghubungi PCC semalam kerana ia menyentuh pencerobohan soal privasi.

Gambar itu dipercayai dirakam menggunakan kamera telefon bimbit, Jumaat lepas semasa Harry sedang bercuti bersama rakan-rakannya di AS.

Bekas Editor Eksekutif News of the World, Neil Wallis memberitahu BBC bahawa jika sebelum Inkuiri Leveson berkenaan dengan etika dan amalan media, sudah pasti telah menggunakan gambar-gambar sedemikian, tetapi inkuiri itu telah meneutralkan media di negara itu.

Wallis memberitahu Newsnight BBC Two bahawa “situasi semasa ini menyeronokkan, ia menarik, satu situasi akhbar yang klasik.”

“Masalahnya ialah di era pasca-Leveson, akhbar-akhbar takut dengan bayang-bayang sendiri,” kata beliau.

Wallis juga berkata, penerbitan gambar-gambar itu juga sudah pasti menjadi kepentingan umum.

“Dia berada di tangga ketiga takhta. Dia menjadi tumpuan dunia sejak beberapa minggu, dia sepatutnya dikelilingi oleh pegawai-pegawai keselamatan polis,” kata beliau.

Bekas Editor Sun, Kelvin MacKenzie yang turut muncul dalam program Newsnight berkata, foto-foto itu memperlihatkan cerita yang “menarik.”

“Ia tidak memberi kesan ke atas Putera Harry. Dia bujang dan dia meloncat-loncat dengan perempuan, yang suka bersama dengan...,” katanya.

“Oleh itu, di mana isunya? Tiada isu kecuali satu – Leveson,” kata MacKenzie.

Bagaimanapun menurut, bekas pegawai perlindungan istana, Ken Wharfe, insiden itu sesuatu yang “mengecewakan” buat putera bongsu Putera Charles tersebut.

“Ia menjejaskan kerja yang dia lakukan sepanjang enam bulan lalu, kerja-kerja kebajikan, malah kerjaya tenteranya, yang sedang menuju hala tuju yang mengagumkan,” kata beliau.

Inkuiri Leveson diadakan tahun lalu ekoran skandal intipan menerusi telefon melibatkan wartawan News of the World.

Sementara itu, abangnya, Putera William berkata, “saya tidak tertarik dengan gambar itu.”

Buat masa ini, Putera Charles dan nenek Harry,  Ratu Elizabeth II masih tidak memberi sebarang komen mengenai insiden itu.

sumber- Sinar

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...