Friday, August 10, 2012

Guna pelajar kutip derma sampai pukul 3 pagi

 KAKITANGAN JAIS menahan seorang remaja (dua dari kiri) dalam Operasi Pemungut Khairat Tanpa Kebenaran di sebuah stesen minyak di Batu Tiga, Shah Alam semalam.
 KAKITANGAN JAIS menahan seorang remaja (dua dari kiri) dalam Operasi Pemungut Khairat Tanpa Kebenaran di sebuah stesen minyak di Batu Tiga, Shah Alam semalam.
SHAH ALAM – Jabatan Agama Islam Selangor (jais) mengesan terdapat sindiket yang berselindung di sebalik nama pusat Tahfiz, madrasah dan rumah anak yatim serta menggunakan pelajar sekolah untuk mengutip derma sehingga ke pukul 3 pagi setiap hari.

Penolong Pengarah Kanan Bahagian Penguatkuasaan Jais, Hardi Mohamad Sadali berkata, aktiviti sindiket mengutip derma itu terbongkar selepas lapan individu termasuk tiga rakyat asing ditahan dalam operasi kutipan derma tanpa kebenaran di Seksyen 9, 11, 17, 18 dan 19 di sini semalam.

Beliau berkata, mereka yang ditahan berumur antara 16 dan 50 tahun kerana didapati menjalankan aktiviti mengutip derma tanpa kebenaran jais dan di kawasan yang tidak dibenarkan.

sumber- Kosmo

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...