Ramai yang mengenali ahli gusti profesional yang terkenal dengan gelaran Rey Mysterio ini. Namun, siapakah disebalik topeng misteri tersebut?
Rey Mysterio terkenal dengan teknik 619 |
Rey Mysterio atau nama sebenarnya Oscar Gutierrez Rubio dilahirkan pada 11 Disember 1979 di San Diego, California. Beliau mula melibatkan diri dalam arena gusti ketika berusia 14 tahun di sebuah gereja kecil di Tijuana, Mexico. Ketika itu, beliau menggunakan nama samaran sebagai Colobri yang bermaksud Burung Kelicap dalam bahasa Sepanyol.
Rey Mysterio ketika masih kanak-kanak |
Pada tahun 1995, Rey membuat kemunculan pertama perlawanannya untuk ECW dengan mengalahkan Psicosis dan pada tahun 1996, Rey berlawan untuk arena WCW. Beliau telah bertanding dalam pelbagai perlawanan hebat untuk gelaran seperti luchadores dan cruiserweights. Antara perlawanan bersejarah buat Rey ialah menentang rakan karibnya iaitu mendiang Eddie Guerrero ketika "Halloween Havoc 1997."
Wajah sebenar Rey Mysterio tanpa topeng |
Nama Rey kian terserlah pada tahun 2002 setelah memasuki arena WWE dimana Vince McMahon meminta agar beliau memakai topeng walaupun ketika berada di Mexico. Dalam etika arena gusti profesional, apabila seseorang ahli gusti kehilangan topengnya, ia tidak akan dikembalikan atau kemungkinan besar lesen perlawanannya akan di gantung.
Rey Mysterio bersama keluarga kesayangannya |
Rey masih tinggal di San Diego bersama isteri dan dua anaknya iaitu Dominic dan Aaliyah. Nama kedua-dua mereka ditatukan di bawah lengan kiri dan kanan Rey manakala bahagian perutnya ditatukan perkataan Mexican untuk Mexico.
0 comments:
Post a Comment