Sebuah filem durasi empat minit hasil arahan Baz Lurhmann (Australia) untuk iklan Chanel No. 5 perfume merupakan iklan televisyen paling mahal di dunia yang menelan kos sebanyak £18 juta ($33 juta) bagi disiapkan sepenuhnya. Iklan ini dibintangi oleh Nicole Kidman (Australia) yang memegang watak gaya Marilyn Monroe yang diburu oleh paparazzi. Julung kalinya iklan ini ditayangkan di seluruh pawagam Amerika Syarikat pada 1 November 2004 dan mula disiarkan oleh seluruh stesen televisyen Amerika Syarikat pada 11 November 2004.
Setelah membuat kemunculan sulung di layar besar Amerika Syarikat, iklan ini disusuli tayangan di pawagam serta siaran televisyen Australia, Britain, Perancis, dan Belanda bermula pada November 2004. Bayaran yang diterima oleh Nicole Kidman bagi kemunculannya dalam iklan tersebut ialah £2 juta ($3.7 juta). Pakaian yang digunakan adalah hasil rekaan Karl Lagerfeld manakala selingan muzik adalah hasil karya komposer klasik terkenal iaitu Debussy.
tak layak jadi iklan termahal
ReplyDelete