Saturday, September 8, 2012

Remaja 14 tahun rompak bank

perompak paling muda di dunia

MOSCOW: Seorang remaja perempuan berusia 14 tahun melakukan rompakan bersenjata di sebuah bank di Izhevsk di sini.

Bagaimanapun, perbuatannya itu berjaya digagalkan anggota polis.

Dalam rakaman kamera litar tertutup (CCTV), gadis itu memakai topeng dan membawa pisau yang digunakan sebagai senjata.

Tindakannya berjaya ditangkis anggota polis ketika dia mengacukan pisau ke arah juruwang.

Suspek meminta wang sebanyak 200,000 rubel (RM19,620) daripada juruwang berkenaan.

“Remaja terbabit mahu menggunakan wang itu untuk meninggalkan bandar dan membunuh diri,” kata badan penyelidikan polis tempatan, Komsomolskaya Pravda sebagaimana dipetik daripada laporan CBN News, semalam. 

Selepas disiasat, polis mengesahkan remaja itu ialah pelajar cemerlang di sekolahnya. Dia mengaku kecewa dengan sikap ibu bapanya yang terlalu mengongkongnya. 

sumber- Agensi

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...