Tuesday, September 18, 2012

Remaja OKU gagal bunuh diri

bunuh diri
BULATAN menunjukkan tempat seorang remaja lelaki membaling kipas dan bingkai gambar (gambar kecil) sebelum dia mengugut untuk terjun dalam kejadian di Jalan Song, Kuching semalam.
KUCHING - Seorang remaja lelaki orang kelainan upaya (OKU) mengamuk dengan membaling kipas angin dan bingkai gambar dari tingkat tiga sebuah bangunan rumah kedai hingga merosakkan cermin sebuah kereta sebelum mengugut untuk terjun dalam kejadian di Jalan Song di sini semalam.

Bagaimanapun, tindakan polis yang dapat memujuk mangsa selepas berbual-bual selama satu jam dapat menyelamatkan remaja yang menghidap sindrom down berusia 19 tahun tersebut daripada berbuat demikian.

Kejadian pukul 9 pagi itu berlaku apabila remaja berkenaan dilihat berdiri di tingkap rumahnya yang terletak di tingkat tiga bangunan tersebut sebelum dia mula 'meragam'.

Jiran yang enggan dikenali memberitahu, remaja tersebut kemudian membaling kipas angin serta bingkai gambar ke bawah sebelum mengugut untuk terjun melalui tingkap rumahnya itu.

"Saya terkejut apabila terdengar bunyi barangan jatuh hingga merosakkan cermin depan sebuah kereta yang diletakkan di bawah.

"Makin lama makin banyak barang dibuang dan apabila ditinjau, saya lihat remaja itu menjerit-jerit mengugut untuk terjun manakala kipas dan beberapa bingkai gambar dibuang," ceritanya.

sumber- Kosmo

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...