Monday, September 3, 2012

Tak tahan maksiat di hotel bajet

sms maksiat
Ini sms yang dihantar salah seorang penduduk kepada Sinar Harian.
BATU FERINGGI – Laporan Sinar Harian mengenai beberapa hotel bajet di sini yang menjadi tumpuan golongan muda memadu asmara rupa-rupanya masih lagi berleluasa.

Akhbar ini menerima rungutan penduduk melalui panggilan telefon dan juga khidmat pesanan ringkas (sms).

Seorang penduduk yang hanya dikenali dengan nama Johar memaklumkan sudah tidak tahan dengan lambakan muda mudi yang masih belum berkahwin dan melampiaskan nafsu mereka di situ.

Dia dalam pesanan berkenaan juga menggesa supaya tindakan diambil sebelum bencana tsunami berlaku sekali lagi.

Kegiatan berkenaan bukan sahaja dihidu beberapa penduduk setempat, malah segelintir peniaga berhampiran juga naik rimas.

Yahya Hasan, 55, berkata, kegiatan itu sudah lama berlaku namun semakin rancak sejak tahun ini.

Menurutnya, terdapat sekumpulan remaja berusia belasan tahun secara berpasang-pasangan datang ke kedainya dan membeli barang.

“Apabila mendengar loghat mereka bukan orang Pulau Pinang, saya bertanya datang dari mana dan masing-masing menjawab Kuala Lumpur dan Ipoh. Dengan selamba menjawab, mereka sudah di sini dua malam duduk di sebuah hotel bajet.

“Saya hairan kesemuanya baru sahaja berusia lingkungan dalam 17 hingga 20 tahun, tapi sudah pandai jauh dari ibu bapa dan melakukan perkara maksiat sebegini,” katanya.

Tinjauan mendapati, bayaran yang dikenakan begitu rendah bermula dari RM50 sehingga ke RM100 sahaja.

Perbuatan mereka yang ingin melakukan maksiat juga lebih mudah kerana kedudukan hotel yang terletak di bahagian belakang bangunan.

Salah seorang pekerja hotel  berbangsa India berkata, mereka tidak mempunyai hak untuk menghalang remaja itu dengan menginap di tempat mereka.

“Kami pun dapat duit, kalau kami marah-marah pasti pelanggan lari, kalau penguat kuasa Jabatan Agama Islam Pulau Pinang  (JAIPP)) datang, kami bagi saja mereka masuk buat pemeriksaan,” katanya.

Penduduk, Juffri Salim berkata, dia memohon supaya pihak yang berkaitan memandang serius isu berkenaan kerana ia melibatkan masalah moral dan agama.

“Sekiranya kita biarkan saja perkara ini terjadi, pasti Batu Feringgi pun akan dilanda musibah.

“Kita mahu malapetaka melanda kita?. Saya mahu supaya JAIPP meningkatkan pemantauan di semua hotel bajet seluruh Batu Feringgi, ini kerana kami tidak mahu anak-anak kampung juga terlibat,” katanya.

sumber- Sinar

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...