JAKARTA - Seorang remaja perempuan yang dilaporkan hilang sejak 23 September lalu mendakwa dia telah dirogol dan dipukul oleh lelaki yang dikenali menerusi Facebook.
Mangsa yang dikenali sebagai SAS, 14, ditemui oleh penduduk setempat sebelum dihantar pulang ke rumah keluarganya.
Menurut bapa mangsa, Rauden Gultom, 39, anaknya dibawa ke sebuah rumah di Parung, Bogor, di mana beberapa lagi remaja perempuan bawah umur lain dikurung.
"Telefon bimbit anak saya dirampas dan dia juga dipaksa untuk melakukan hubungan seks dengan dua lelaki lain," katanya.
sumber- The Jakarta Post
0 comments:
Post a Comment