LAHORE: Sekurang-kurangnya 16 orang maut selepas meminum ubat batuk bertoksik di bandar raya ini, memaksa pihak berkuasa menutup tiga farmasi dan sebuah kilang ubat, semalam.
Insiden kematian itu berlaku di kawasan kejiranan di bandar Shahdra yang dihuni golongan berpendapatan rendah antara Jumaat dan kelmarin. Kebanyakan mangsa adalah penagih dadah yang meminum ubat batuk itu untuk khayal, kata Ketua balai polis tempatan, Atif Zulfiqar.
“Sekurang-kurangnya 16 orang, kebanyakannya penagih dadah maut selepas mengambil ubat batuk bertoksik,” katanya kepada media mengemas kini angka kematian daripada 13 orang.
“Sesetengah mangsa ditemui mati di kawasan perkuburan di mana penagih dadah biasa mengambil pelbagai jenis ubat berbeza,” katanya. Tujuh yang lain mati di hospital.
Tiga farmasi ditutup dan pemiliknya turut ditahan.
Penasihat kesihatan wilayah Punjab, Khawaja Salman Rafiq berkata, ubat batuk itu akan dirampas dari semua farmasi.
Menurutnya, polis sudah menutup kilang ubat dan menghantar sampel ubat batuk itu ke makmal untuk analisis lanjut. “Ketua Menteri Punjab, Shahbaz Sharif mengarahkan soal siasat dan laporan diserahkan kepadanya dalam tempoh 72 jam,” katanya.
sumber- AFP
Ubat batuk + daun biak = ?
ReplyDeletedaun biak tu bukan ketum ke?
Deletehuish..bahaya betul.. janganlah sampai ke Malaysia ubat batuk tu
ReplyDelete