RAWANG: Tubuhnya bersepai dan motosikalnya diseret kira-kira 100 meter, namun tiada satu pun kenderaan yang menggilisnya berhenti untuk memberi bantuan atau mengambil tanggungjawab di atas kemalangan yang berlaku.
Itulah nasib malang seorang penunggang motosikal yang maut dalam keadaan menyedihkan akibat kejadian langgar lari di Kilometer 429 Lebuhraya Utara-Selatan selepas susur keluar Bukit Beruntung, jam 6 pagi semalam.
MALANG...mayat mangsa ditutup dengan plastik. |
Menurutnya, siasatan awal polis mendapati mangsa yang menunggang motosikal Honda Wave dikatakan hilang kawalan sebelum terjatuh di laluan paling kanan.
“Mangsa kemudian digilis beberapa kenderaan yang mengekori motosikalnya kerana dipercayai tidak sempat mengelak. Berdasarkan kecederaan pada mayat mangsa dan kerosakan motosikalnya, mangsa mungkin digilis lebih daripada sebuah kenderaan.
sumber- HMetro
kenapa manusia tak ada perikemanusiaan langsung...:'(
ReplyDeleteSitu memang selalu penunggang motosikal kene gilis.....
ReplyDeleteDulu ada orang flat pun digilis macam tu, memang hancur terus......
Khabarnya, kepala mangsa tak ditemui....
Wallahualam.....
klu ajal dh menjemput mmg dah x leh lari... tragis btul kematian camni kan...
Delete