Saturday, December 8, 2012

Jururawat mangsa panggilan palsu ditemui mati

Panggilan palsu yang dilakukan oleh sebuah stesen radio kepada Hospital King Edward VII mengenai berita kehamilan Kate Middleton bertukar tragedi apabila jururawat yang mengangkat panggilan tersebut ditemui mati.

Jacintha Saldanha, 46, dipercayai telah membunuh diri setelah pihak polis gagal menemui petunjuk atau tanda-tanda dia dibunuh. Jacintha telah bertugas lebih dari empat tahun di Hospital King Edward VII dan mempunyai dua cahaya mata.

Mel Greig and Michael Christian
Mel Greig dan Michael Christian
DJ Mel Greig dan Michael Christian bertanggungjawab dalam membuat panggilan tersebut dengan menyamar sebagai Putera Charles dan Ratu bagi mendapat maklumat mengenai keadaan Kate. Perkara ini menjadi kontroversi dan hangat diperkatakan.

Kelmarin, stesen radio 2Days FM dari Australia mengatakan Juruhebah mereka amat 'terkejut' dan 'tidak akan kembali ke rancangan mereka sehingga notis dikeluarkan sebagai menghormati tragedi ini.'

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...