Saturday, December 1, 2012

Ombak menjadi biru pada waktu malam

SYDNEY - Beberapa pantai popular di sini pernah ditutup kerana fenomena pertumbuhan organisma alga merah.

ombak biru
OMBAK kelihatan berwarna biru di Pantai Stanwell Park, Sydney pada Rabu lalu.
Kehadiran organisma itu menyebabkan air bertukar menjadi merah.

Bagaimanapun, pada waktu malam, ombak bertukar menjadi biru cerah pada Rabu lalu.

Kehadiran alga itu yang dikenali sebagai Nocturnal Scintillans telah menyebabkan ramai orang tidak boleh berenang di pantai.

Bagaimanapun, pantai-pantai tersebut dibuka semula untuk orang ramai berenang kelmarin. 

sumber- Agensi

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...