Seorang model di China, dipenjara 9 bulan atas kesalahan menyamar sebagai anggota polis selepas menyebarkan gambarnya bergaya seksi dengan pakaian tersebut di internet.
Dalam satu adegan gambar, Wang Xiomeng, 23, dilihat sedang duduk di atas katil serta sedang menanggalkan pakaian tersebut. Gambar lain yang disebarkan menampakkan butang bajunya yang terbuka serta sengaja menunjukkan bahagian dadanya.
Masalah besar mula timbul apabila dia memuat naik gambar tersebut di laman micro-blogging, Sina Weibo. Gambar-gambarnya dikongsi lebih dari 500 kali. Apabila terdapat segelintir pengguna mengadu, pegawai kerajaan mengarahkan pihak polis menahan Wang atas kesalahan menyamar sebagai anggota polis wanita.
Wang memberitahu mahkamah di Fengtai, Beijing, "Pakaian tersebut hanya prop, saya tidak tahu-menahu." Tetapi hakim mendapati dia bersalah dan menjatuhkan hukuman 9 bulan penjara. Hukuman tersebut digantung selama setahun.
perghh seksinya... sakit mata tgk .. hehehehe
ReplyDelete