Sunday, December 2, 2012

PSY tidak akan saman restoran Gangnam Style

restoran Gangnam Style

Tarian Gangnam Style yang dipopularkan oleh PSY menjadi tarikan di sana-sini. Sebuah restoran Korea di Los Angeles memutuskan untuk memberi nama Gangnam Style kepada restoran mereka.

Restoran yang berada di Korea Town, Los Angeles ini pada asalnya bernama Soju Town. Restoran tersebut dibuka kembali sebulan yang lalu dengan nama Gangnam Style tanpa meminta izin terlebih dahulu daripada PSY.

Ini kerana, Gangnam Style sendiri sudah menjadi hak cipta PSY. Beberapa pertanyaan mula muncul adakah PSY akan menyaman mereka? Namun, PSY menyatakan dia  tidak akan menyaman restoran tersebut dan tidak kisah nama lagunya diadaptasi menjadi nama restoran.

1 comment:

  1. orang korea dengan jepun memang tak kekwat.. kalau buat vlog atau video guna lagu-lagu dari sana pun tak ada masalah. tak macam lagu mat salleh. kalau kena detect, terus lagu tu dipadamkan dari youtube.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...