Ikan lumba-lumba merupakan haiwan yang suka bermain. Adakalanya, ia turut bermain secara kasar. Seekor ikan lumba-lumba yang lapar telah menggigit tangan kanak-kanak perempuan berusia 8 tahun di Sea World, Orlando, Florida. Kejadian ini berlaku pada minggu lepas ketika kanak-kanak itu memberi makan pada haiwan tersebut.
Jillian Thomas dari Georgia mendapat tiga luka gigitan dalam kejadian yang tidak dijangka itu. Insiden ini sempat dirakam oleh bapa mangsa, Jamie Thomas. Kes sebegini bukanlah pertama kali berlaku. Pada tahun 2006, seorang kanak-kanak berusia 7 tahun turut pernah digigit sehingga menyebabkan kesan lebam di tangannya.
0 comments:
Post a Comment