Friday, February 15, 2013

Wanita kahwini bakal suami yang telah mati

Magali Jaskiewicz dan Jonathan George telah merancang untuk berkahwin pada November 2008. Malangnya George terkorban dua hari sebelum majlis tersebut akibat kemalangan motorsikal.

Wanita kahwini bakal suami yang telah mati

Jaskiewitz dan George pernah hidup bersama semenjak tahun 2004, malah mereka turut berkongsi akaun bank yang sama. Namun, belum sempat untuk bergelar suami isteri, ajal terlebih dahulu memisahkan mereka. Dengan kesedihan, Jaskiewitz tetap berkeras untuk mengahwini George seperti mana yang dirancangkan sebelum ini.

Undang-undang Perancis membenarkan orang yang telah meninggal untuk berkahwin jika sebarang urusan rasmi mengenai perkahwinan disiapkan sebelum salah seorang dari pasangan tersebut meninggal dunia termasuklah perancangan tarikh.

Wanita kahwini bakal suami yang telah mati

Selepas membuat segala urusan rasmi, maka tibalah hari yang dinantikan. Jaskiewitz memakai baju pengantin yang dibeli sebelum ini. Disamping Jaskiewitz adalah gambar George sebagai pengganti jasadnya yang sudah tidak bernafas. Dengan disaksikan 30 tetamu yang terdiri dari keluarga dan kenalan mereka di kampung Dommary-Baroncourt, timur Perancis, maka pasangan ini akhirnya bergelar suami isteri.

Mengikut laporan, kira-kira sepuluh perkahwinan melibatkan mereka yang telah meninggal dunia dilakukan di Perancis setiap tahun.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...