Monday, July 16, 2012

Mata terbeliak, mulut terbuka sebelum disedari meninggal dunia

Mata terbeliak, mulut terbuka sebelum disedari meninggal dunia
Keratan Sinar Harian 22 Mei lalu
PENDANG - Seorang wanita terkejut apabila mendapati kakak iparnya meninggal dunia ketika dibangunkan untuk menyuapkan nasi kenduri yang dibawa kepada arwah di Kampung Namdam, dekat sini, kira-kira jam 10.30 pagi, kelmarin.

Wan Nor Liza Wan Senapi, 48, yang menghidap penyakit sawan serius sejak berusia sembilan tahun disedari meninggal dunia, awal pagi kelmarin.

Siti Roha Ahmad, 41, berkata, kakak iparnya tidak menunjukkan tindak balas ketika dikejutkan untuk makan dan mereka sekeluarga menyangka dia sedang tidur.

Menurutnya, arwah bersama anak lelakinya pada pagi kejadian dan dia keluar ke rumah anak saudara dalam kampung yang sama untuk hadir majlis kenduri.

“Saya membawa nasi kenduri untuk kakak. Ketika sampai di rumah, saya sangka dia tidur kerana malam sebelum kejadian arwah menjerit sehingga pagi.

“Saya fikir dia letih dan tidur walaupun ketika saya masuk ke bilik arwah, saya dapati matanya terbeliak dan mulutnya terbuka,” katanya.

Siti Roha berkata, arwah mengalami muntah-muntah dan sentiasa menjerit beberapa hari sebelum kejadian, namun dia tidak menyangka arwah akan pergi selama-selamanya memandangkan arwah sentiasa berkelakuan sedemikian kecuali muntah.

Katanya, arwah meninggal dunia sebelum sempat menerima bantuan rawatan terapi yang diperlukan bagi mengubati penyakit serius yang dihidapi.


Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan kisah Wan Nor Liza yang menghidap penyakit sawan sejak berusia sembilan tahun selepas menjalani pembedahan di kaki, namun urat sarafnya menjadi cekang sehingga dia diserang sawan  selepas pembedahan itu.

Akibatnya, adiknya, Wan Norizan Wan Senapi, 45, terpaksa merayu bantuan manamana pakar perubatan untuk merawat penyakit yang dihidapi kakaknya itu dan berharap ia mampu sembuh dengan rawatan rapi.

Dia juga merayu bantuan bagi menampung kos lampin pakai buang dan ubat berharga RM100 untuk kakaknya memandangkan pendapatan sebagai buruh tidak menentu.

sumber- Sinar

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...