SERI KEMBANGAN – “Jangan cakap tipu, mana simpan barang kemas, kalau tidak saya akan bunuh dan rogol dua cucu awak," kata salah seorang daripada lima suspek yang memecah masuk sebuah rumah di Taman Bukit Serdang di sini, awal pagi Rabu lalu.
Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi itu, kehadiran suspek disedari seorang penghuni yang tidur di bilik tingkat bawah selepas terdengar pintu biliknya dibuka.
Mangsa, P Amrithal, 55, berkata, suspek dipercayai dua warga tempatan dan tiga warga asing itu terus memaksanya memberitahu kedudukan peti besi dan bertindak memukul serta mencekiknya.
Suresh (kiri) menunjukkan kepada Hian Wah almari baju miliknya yang diselongkar suspek. |
Amrithal mendakwa, suspek kemudian mengoyak baju tidur cucu dan anak saudara perempuannya yang masing-masing berusia 11 dan 20 tahun.
Katanya, apabila memberitahu dia tidak tahu di mana peti besi itu, seorang suspek bertindak memijaknya dan menjadikan tubuh badannya seperti tangga untuk menyelongkar almari baju.
“Saya beritahu tidak tahu, tetapi penyamun itu ugut hendak bunuh saya , malah dia juga ugut hendak rogol cucu serta anak saudara. Tidak cukup dengan itu mereka dengan kasar mengugut hendak mencincang jari cucu lelaki saya yang berusia tujuh tahun.
“Dalam keadaan antara ingat dengan tidak, saya akhirnya terpaksa memberitahu nombor peti besi keselamatan yang ditemui mereka,” katanya ketika menceritakan detik hitam itu kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah yang mengunjungi rumahnya, semalam.
Seorang lagi penghuni rumah, A Suresh Naidu, 23 berkata, dia yang terjaga dari tidur terkejut melihat kelibat tiga lelaki tidak dikenali bersama beberapa bilah parang di dalam biliknya.
Katanya, kedua-dua suspek menghentak kepalanya dengan hulu parang, mengikat tangan dan kaki menggunakan wayar pengecas telefon serta menutup mulut dan matanya menggunakan baju .
Menurutnya, suspek mengarahkan dia diam dan membawanya ke tingkat atas menuju ke bilik tidur ibunya. Ketika itu ibunya sedang tidur bersama dua cucu dan seorang saudara perempuannya.
“Dua lelaki yang membawa pedang samurai mengangkat dan mencampakkan saya ke atas katil.
“Suspek kemudian terus mencekik, memijak dan memukul emak saya tanpa belas kasihan. Mereka juga mengikat tangan dan kaki emak saya serta mengarahkannya supaya diam,” katanya.
Menurutnya, suspek melarikan diri selepas memperoleh apa dihajati.
Suresh berkata, suspek yang beberapa kali mengugut menembak ibunya itu melarikan sebuah kereta Toyota Vios, dua komputer riba, televisyen LCD, pemain video, barang kemas, dokumen penting dan sejumlah wang tunai .
Katanya, kerugian dialami keluarga itu dianggarkan hampir RM150,000.
sumber- Sinar
0 comments:
Post a Comment