ANDERSON (Carolina Selatan): Polis menahan seorang lelaki yang didakwa membunuh dua orang lebih sebulan lalu dan menyumbatkan mayat mereka dalam tong drum sebelum membuangnya ke dalam tasik di sini.
Pihak berkuasa semalam menahan John Michael Young di bandar Anderson, tempat di mana mayat berkenaan ditemui.
POLIS membawa tong berisi mayat. |
“Kami percaya suspek mensasarkan mangsa atas alasan tertentu.
“Saya tidak percaya suspek berada di sana mensasarkan mangsa secara rawak tanpa sebarang alasan,” kata McBride. Mayat Andrea ditemui Rabu lalu dalam tong plastik yang separuh tenggelam di dalam tasik berkenaan selepas seorang pegawai polis melihat tong itu dan memeriksanya.
Polis kembali ke tasik itu keesokan harinya dan menemui mayat McGinnis yang dikerat dalam tong drum kira-kira 10 kaki dalam air.
Dua mangsa itu saling mengenali dan turut mempunyai beberapa teman lain yang sama.
Suspek kedua, Shaine David Fischer ditahan dan didakwa dengan dua pertuduhan subahat dalam pembunuhan itu. Polis berkata, dia membantu Young membuang mayat mangsa dalam tasik. Waran tangkap menyatakan Fischer mengakui peranannya dalam pembunuhan itu dan membawa polis kepada penangkapan Young.
sumber- DM
0 comments:
Post a Comment