Monday, August 27, 2012

Bouncer disko ditembak ala Mafia

Bouncer disko ditembak ala Mafia
ANGGOTA polis menyiasat tempat dua pengawal mati ditembak oleh sekumpulan enam lelaki di sebuah pusat hiburan di Jalan Doraisamy, Kuala Lumpur semalam.
KUALA LUMPUR – Sekumpulan enam ahli kongsi gelap yang berang selepas dihalang daripada memasuki sebuah pusat hiburan bertindak ala mafia apabila menembak mati dua pengawal disko itu dalam kejadian di Jalan Doraisamy di sini semalam.

Kejadian pukul 4.30 pagi itu mengakibatkan Mohd. Akmal Jemain dan Muhammad Noor Rashid, masing-masing berusia 21 tahun, maut akibat cedera parah di kepala dan dada.

Mohd. Akmal maut di tempat kejadian pada pukul 5 pagi manakala Muhammad Noor pula disahkan meninggal dunia kira-kira lima jam kemudian ketika menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Muhammad Noor merupakan peniaga pasar malam namun kerja separuh masa sebagai pengawal pusat hiburan tersebut.

Difahamkan, sebelum kejadian, kedua-dua mangsa bertegas enggan membenarkan samseng-samseng berkenaan masuk kerana waktu operasi premis berkenaan telah tamat.

sumber- Kosmo

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...