Monday, August 27, 2012

Lagu Wonder Girls dipuji

Free mp3 Like Money
Wonder Girls
LAGU terbaru kumpulan Wonder Girls, Like Money yang merupakan kolaborasi mereka bersama Akon mendapat reaksi positif dari peminat serta penggiat muzik di Amerika Syarikat.

Like Money bukan sahaja diputarkan di corong radio, bahkan mendapat perhatian dari pihak MTV.

Lagu bergenre elektronik itu menyaksikan Akon menyanyikan beberapa rangkap rap dalam lagu itu.

“Wonder Girls sudah mencetuskan satu fenomena baru apabila berjaya meraih dua juta pengikut di Twitter dan 1 juta peminat di Facebook.

Mereka juga sangat popular di sini.

“Tidak lama lagi, mereka akan bekerjasama dengan Jonas Brothers. Lagu-lagu mereka juga semua bagus dan tidak hairan jika satu hari nanti, mereka akan dikenali di seluruh dunia,” ungkap wakil All Acsess yang bertindak sebagai syarikat rakaman dan pengedar lagu Like Money.

Malah, syarikat pengurusan Wonder Girl, JYP Entertainment turut mengakui mereka menerima banyak maklum balas dan beberapa pihak dari Amerika Syarikat turut berhasrat melamar kumpulan itu bagi projek kerjasama.

sumber- Sinar

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...