Monday, August 27, 2012

Khasiat Tersembunyi Nenas Batu

Nenas Batu
Nenas batu
Nenas batu turut dikenali sebagai Bunga Kembang Setahun. Nama bunga kembang setahun diambil berdasarkan keunikan bunga ini yang tidak layu atau rosak walaupun disimpan terlalu lama. Ianya banyak digunakan sebagai herba perubatan terutamanya oleh masyarakat Timur Tengah. Penggunaan Nenas batu ini sememangnya telah diamalkan oleh Puteri-Puteri Raja Mesir Kuno untuk kesihatan.

Khasiat Nenas Batu
1. Mengecutkan rahim selepas bersalin, sekaligus menjadikan para ibu awet muda.
2. Bagi ibu yang baru bersalin, untuk mengecutkan rahim perlu mengambil seminggu sekali sahaja.
3. Penawar penyakit buasir.
4. Boleh dijadikan ubat untuk jarakkan anak - minum selama tempoh hendak menjarakkan anak.
5. Melawaskan kencing.
6. Membantu melancarkan pembuangan angin dari badan.
7. Membantu ibu-ibu yang bakal monopos.
8. Bagi yang mengalami strok, minum dan sapukan pada tempat strok berkenaan. Insyallah sembuh.

Cara Penggunaan Nenas Batu
1. Basuh sehingga cuci dan bersih.
2. Rendam ke dalam jug berisi air panas.
3. Biarkan selama satu jam (sehingga buah itu tenggelam).
4. Nenas batu yang sudah direndam jangan dibuang, jemur sehingga kering di tempat yang ada cahaya matahari, seminggu kemudian boleh digunakan lagi.
5. Buah ini apabila direndam, kelopaknya akan tertutup rapat. Ia akan kembang kembali apabila dijemur. Jika kelopaknya sudah tidak boleh mengembang, khasiatnya sudah habis dan boleh dibuang.
6. Nenas batu ini boleh digunakan hingga setahun atau lebih.

Nota:- Nenas batu dari Mesir adalah First grade di dunia.
Peringatan: Wanita mengandung tidak dibenarkan minum.
Segelas kecil sudah cukup untuk sehari (1x sehari) (minum berlebihan dikhuatiri panas)

Terdapat lagi cara lain untuk digunakan. Nenas Batu ini juga boleh terus direbus tetapi airnya akan menjadi lebih pekat. Warna air rebusan itu akan menjadi kemerahan. Makin lama direbus, makin gelap warnanya.

sumber- Nenas-Batu

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...