2020531

Selamat Datang Ke blog-ketegaq.blogspot.com

Blog terbaik yang menyediakan pelbagai cerita dan artikel menarik dari seluruh dunia. Like kami di facebook tanda sokongan anda dan untuk mendapat update artikel terkini dari kami.

Sunday, September 30, 2012

Bukti Gopinath sendiri membuat penghinaan terhadap Islam

Beberapa bukti dikemukakan bahawa status yang ditulis oleh Gopinath dilakukan sendiri dan bukannya dilakukan oleh penggodam. Secara logiknya, seorang berkelulusan pengajian tinggi tidak akan membuat perkara bodoh dengan menyimpan password di tempat seperti cyber cafe dan juga perpustakaan. Kenyataan permohonan maafnya di facebook juga bercanggah dimana Gopi memaklumkan kepada polis laptopnya hilang sedangkan di status permohonan maaf tidak tertulis...

Amah penggal anak majikan

wajah suspek dan juga mangsa YANBU: Seorang pembantu rumah warga Indonesia yang memenggal kanak-kanak berusia empat tahun dengan pencincang dirujuk ke Hospital Sakit Jiwa Madinah, semalam. Pakar jiwa di daerah ini membuat keputusan itu selepas memeriksa suspek. Polis yang menahan suspek di rumah majikannya selepas menemui mayat kanak-kanak yang dikenali sebagai Tala, menghantar pembantu rumah berkenaan ke hospital selepas dia cuba membunuh...

Skandal gambar Kate berterusan

ANTARA gambar Kate yang disiarkan Se og Hør. LONDON: Hanya dua minggu lalu, dunia dikejutkan dengan penyebaran gambar separuh bogel isteri Putera William, Kate Middleton oleh majalah Perancis. Semalam, majalah gosip Denmark, Se og Hør menyiarkan lebih banyak gambar yang memalukan bakal Permaisuri Britain berkenaan yang dirakam oleh paparazi ketika pasangan terbabit bercuti di Provence, Perancis. Tetapi kali ini, ia lebih teruk, gambar yang...

Kekasih kontrak, RM6,000 seminggu

KUALA LUMPUR: Bagi mendapat keuntungan segera dalam tempoh singkat, sekali gus mengelak kerugian jika diserbu pihak berkuasa, ada sindiket atau kumpulan tertentu memasang perangkap asmara kepada lelaki hidung belang yang kepingan gadis genit luar negara dengan menawarkan khidmat teman wanita sewaan melalui pakej ‘kekasih kontrak’. Caranya mudah, pelanggan hanya perlu membuat bayaran tertentu dengan harga serendah RM400 sehari dan harga berkenaan...

Tragedi terlanggar anak sendiri

DI SINI... Muhammad Uzair menunjukkan tempat kejadian dia melanggar anaknya. PADANG TERAP: “Sedangkan kucing pun kalau boleh kita elak, ini kan pula anak sendiri,” kata Muhammad Uzair Zul, 22, bapa kepada Auni Iylia Aifa, 13 bulan, yang meninggal dunia selepas digilis kereta dipandu bapanya di pekarangan rumah mereka di Felda Lubuk Merbau, di sini, petang kelmarin. Dalam kejadian jam 6 petang, kanak-kanak terbabit dikatakan bermain di luar...

Pesawat terhempas di Bandung

BEBERAPA anggota penyelamat memadamkan kebakaran pesawat ringan 202 Bravo yang terhempas di bangunan Jabatan Penyelidikan dan Pembangunan Angkatan Udara Tentera Nasional Indonesia di Bandung semalam. JAKARTA - Sebuah pesawat ringan 202 Bravo yang sedang mengadakan pertunjukan aerobatik di Bandung Air Show 2012 di Pangkalan Udara Husein Sastranegara, Bandung terhempas semalam mengakibatkan juruterbang dan pembantu juruterbangnya maut. Pesawat...

Wanita mengaku menghendap Cotillard

NEW YORK - Seorang wanita, Teresa Yuan mengaku bersalah menghendap aktres Marion Cotillard (gambar) yang pernah membintangi filem Batman, The Dark Knight Rises. Yuan membuat pengakuan itu di sebuah mahkamah persekutuan di Brooklyn di sini kelmarin. Pihak pendakwa raya menyatakan Yuan telah menghantar sebanyak 504 e-mel dan 120 rakaman video kepada sebuah laman web untuk para peminat Cotillard selama empat hari pada tahun lalu. Sebahagian...

Saturday, September 29, 2012

Dua jari hampir putus ditetak rakan

SHAH ALAM: Seorang pengawal keselamatan menerima 12 jahitan di jari kanannya yang hampir putus akibat ditetak dengan parang oleh rakan setugas yang tidak berpuas hati dengan pertukaran syif kerja dengan mangsa dalam kejadian di Taman Subang Murni, Seksyen U5, Shah Alam, kelmarin. Dalam kejadian jam 8 malam itu, mangsa berusia 33 tahun bertugas di pondok keselamatan taman perumahan berkenaan apabila tiba-tiba didatangi rakan sekerjanya yang...

Wanita dakwa dipukau sebelum dicabul

KUALA LUMPUR: Seorang wanita mendakwa dipukau sebelum menuruti arahan seorang lelaki yang memintanya masuk ke dalam kereta Perodua Viva berwarna putih sebelum dicabul, Rabu lalu. Dalam kejadian jam 5.40 petang itu, mangsa berusia 26 tahun berjalan berseorangan ke hentian menunggu bas berhampiran Jalan Pahang sebelum tiba-tiba kereta dipandu seorang lelaki berhenti dan terus memanggil namanya. Menurut sumber, mangsa menghampiri kenderaan...

Kesha bercinta dengan hantu

Kesha SERING mengalami kejadian mistik dalam kehidupannya, pelantun lagu Tik Tok, Kesha, mengakui dia pernah bercinta dengan hantu. "Ya, saya pernah bercinta dengan hantu. Namun, saya tidak pernah tahu namanya. Walaupun dia hantu, kami melalui detik bersama seperti manusia lain," katanya. Malah, pengalaman bercinta dengan makhluk halus itu turut diterjemahkan dalam bentuk lagu, Supernatural yang terdapat dalam album barunya, Warrior. Menurut...

Samseng buat kecoh

Keadaan restoran yang berselerak akibat tindakan kumpulan samseng tersebut. IPOH - Tindakan sekumpulan samseng memporak-perandakan sebuah restoran kerana enggan membayar makanan yang dijamah, di sini, malam kelmarin, menyebabkan pemilik restoran berkenaan tergamam. Dalam kejadian pada jam 11.30 malam itu, kumpulan samseng terbabit telah bertindak merosakkan kelengkapan seperti kerusi dan meja makan yang terdapat di restoran berkenaan. Pemilik...

Tikus mampu sembuh sendiri

FLORIDA - Sejenis tikus kecil dari Afrika didapati mampu menyembuhkan lukanya sendiri, sekali gus menjadi kunci kepada revolusi perubatan dalam bidang pertumbuhan semula tisu mamalia. Sebelum ini, hanya cicak diketahui boleh menggantikan anggotanya yang hilang, namun secara saintifik, biologi amfibia sangat berbeza dengan manusia dan pakar mendapati haiwan itu tidak boleh digunakan dalam perubatan manusia. Menurut sekumpulan saintis dari...

Kahwin dalam banjir

Chang Chuan dan Kim Lee ketika diarak menggunakan jenangkat pada majlis perkahwinan mereka. PENDANG - Ternyata banjir yang melanda tidak menghalang pasangan pengantin untuk mengadakan majlis perkahwinan mereka di rumah pasangan lelaki di Kampung Seberang Pendang semalam. Ng Chang Chuan, 26, dan isterinya, Lim Kim Lee, 28, dari Kuala Kedah diarak menggunakan forklift sejauh 100 meter kerana kawasan rumah dan kampung terbabit dilanda banjir...

Misteri kereta terbakar bergerak sendiri tanpa pemandu

Anggota bomba membantu memadamkan kebakaran kedua-dua kereta, semalam. BUKIT BERUANG (MELAKA) – Sebuah kereta yang tiba-tiba terbakar di Taman Bukit Baru, berhampiran sebuah pasar raya di Ayer Keroh, di sini, semalam menjadi tanda tanya apabila dikatakan sebelum kejadian bergerak sendiri sejauh kira-kira lima meter dari kedudukan asal. Dalam kejadian kira-kira 2.30 petang, kereta jenis Toyota Corolla yang didakwa begerak tanpa pemandu dan...

Padah tunjuk Burung

Tertuduh dibawa keluar dari mahkamah, semalam. AYER KEROH - Gara-gara berkelakuan lucah terhadap seorang pensyarah, seorang pengawal keselamatan dijatuhi hukuman denda sebanyak RM1,500 oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh, di sini, semalam. R Siva, 24, dijatuhi hukuman tersebut selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Ida Rahayu Sharif. Berdasarkan pertuduhan, Siva didapati menunjukkan kemaluannya...

Gadis lesap bersama barang kemas ibu

Siti Saharah yang dilaporkan hilang sejak tiga minggu lalu, selepas didakwa mengikuti teman lelaki dari Kelantan yang baru dikenalinya. KOTA BHARU - Seorang gadis berusia 16 tahun, dipercayai menghilangkan diri sejak tiga minggu lalu bersama barang kemas milik ibunya bernilai RM30,000. Gadis terbabit, Siti Saharah Abd Hamid, dikatakan keluar dari rumahnya di Kuala Lipis, Pahang pada 4 September lalu, dipercayai mengikut teman lelakinya yang...

Misteri ribuan paku dalam badan wanita ini

BANTUL (Indonesia): Seorang penduduk, Supiati, 25, di daerah Harjomulyo, Ogan Komering Ulu, selatan Sumatera, mengalami penyakit misteri. Terdapat beribu-ribu paku di dalam tubuhnya menyebabkan dia kesakitan dan sukar untuk bergerak. “Saya telah bertemu dengan ramai doktor tetapi kesakitan ini masih berterusan,” kata Supiati, semalam.  Walaupun telah dibawa ke hospital dua kali oleh bapanya, doktor hanya menemui bukti paku di dalam...

Guru mengaku bersalah rakam video paha pelajar wanita

Seow Swee Hong SINGAPURA: Seorang guru semalam mengaku bersalah terhadap 10 daripada 94 dakwaan mencabul kehormatan wanita. Seow Swee Hong, 39, yang mengajar di sekolah di timur negara ini, menggunakan telefon bimbitnya untuk merakam gambar seluar pendek dan paha mangsa di sekolah dan di kedai buku Popular di hab HDB Tao Payoh, tahun lalu.  Mahkamah diberitahu, Seow melakukan sekurang-kurangnya separuh daripada kesalahan itu ketika...

China cuba ceroboh komputer Pentagon

WASHINGTON: Pegawai tertinggi Pusat Arahan Siber Amerika Syarikat (AS) semalam mendakwa China terus cuba menceroboh rangkaian komputer Pentagon. Untuk menghadapinya, satu cadangan dikemukakan kepada kerajaan bagi meningkatkan kedudukan pusat berkenaan dalam hiraki tentera AS.  Pengarah Risikan pusat itu, Samuel Cox berkata usaha pencerobohan ke atas Jabatan Pertahanan adalah berterusan, manakala cubaan China mencuri rahsia dagangan...

Tengkorak dalam perut bekas ratu cantik

BOISE (Idaho): Bekas ratu cantik menjalani pembedahan luar biasa apabila suku daripada tengkoraknya dipotong dan disimpan dalam perut sementara menanti kecederaan parah di kepalanya sembuh. Pakar bedah menyimpan bahagian belakang tengkorak Jamie Hilton itu dalam perutnya bagi memastikan ia kekal bebas daripada pencemaran kuman dan mendapat khasiat sewajarnya ketika menunggu bengkak di otaknya surut. Apabila ibu kepada tiga anak itu sedar daripada...

Bomoh tipu dipenjara 45 tahun

OMAR diiringi polis ketika berjalan keluar dari Mahkamah Majistret Johor Bahru semalam. JOHOR BAHRU – Seorang pengamal perubatan tradisional dijatuhi hukuman penjara 45 tahun dan 15 sebatan selepas mengaku bersalah terhadap 15 pertuduhan menipu di Mahkamah Majistret di sini semalam. Majistret Mohd. Azlan Shah Mohd. Allias menjatuhkan hukuman itu selepas Omar Mohamad, 38, mengaku bersalah atas dakwaan penipuan kononnya boleh mengganda wang,...

Hakim arah penerbit filem hina Nabi ditahan

LAKARAN imej Nakoula (kanan) di sebuah mahkamah di Los Angeles kelmarin. LOS ANGELES - Seorang lelaki yang dipercayai penerbit dan pengarah filem yang menghina Nabi Muhammad SAW, Innocence of Muslims, Nakoula Basseley Nakoula ditahan tanpa dibenarkan diikat jamin kelmarin. Nakoula, 55, yang berketurunan Mesir dihadapkan ke sebuah mahkamah di sini selepas ditangkap kerana melanggar syarat-syarat pembebasannya. Dia dihukum penjara 21 bulan...

19 maut pesawat terbakar sebelum terhempas

ORANG RAMAI menyaksikan bangkai pesawat syarikat Sita Air yang terbakar selepas ia terhempas dekat Lapangan Terbang Antarabangsa Tribhuvan, Kathmandu semalam. KATHMANDU - Seramai 19 orang maut apabila pesawat yang mereka naiki terhempas selepas dua minit berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Tribhuvan di sini semalam. Menurut Pihak Berkuasa Penerbangan Nepal, juruterbang pesawat tersebut melaporkan, pesawat itu berlanggar dengan seekor...

Saintis temui bukti terdapat aliran air di Marikh

GAMBAR yang disiarkan Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan kelmarin menunjukkan batu-batu yang dipercayai pernah dihanyutkan air deras di planet Marikh. WASHINGTON - Kenderaan robotik Curiosity menemui batu-batu yang pernah dihanyutkan air di planet Marikh, jelas Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) kelmarin. Penemuan itu menunjukkan mungkin terdapat aliran air yang deras dan setinggi paras pinggang di...

Tentera Laut menari Gangnam Style

GAMBAR rakaman video yang tidak bertarikh menunjukkan beberapa anggota tentera laut menari tarian kuda di Pulau Phuket. BANGKOK - Beberapa anggota Tentera Laut Diraja Thailand menari tarian kuda yang sebelum ini dipopularkan oleh penyanyi rap Korea Selatan, Psy dalam muzik video Gangnam Style, lapor agensi berita AP semalam. Klip video yang menunjukkan anggota tentera itu menari tarian tersebut dimuat naik di laman YouTube pada Khamis lalu. Seorang...

Friday, September 28, 2012

Kanak-kanak 4 tahun rentung

IPOH - Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun rentung dalam kebakaran di sebuah rumah di Kampung Lintah Tiong, Slim Village, Slim River hari ini. Ketua Balai Jabatan Bomba dan Penyelamat Slim River, Md Zin Mohd Saaidin berkata, Muhammad Shahrizal Abdullah ditemui rentung di ruang tamu selepas anggota bomba selesai memadamkan kebakaran. "Mayat mangsa dihantar ke Hospital Slim River untuk bedah siasat," katanya ketika dihubungi hari...

Nasib ibu, 7 anak penagih

KERIAN: Hancur luluh hati seorang ibu apabila mendapat tahu semua tujuh anaknya adalah penagih dadah tegar hingga menyebabkan dia dicaci masyarakat yang menuduhnya tidak pandai mendidik anak. Wanita malang itu, Zawiyah Osman, 68, berkata, aktiviti tujuh anaknya yang terbabit dalam penyalahgunaan dadah cukup menyedihkan, namun dia tidak mampu berbuat apa-apa selain menasihati anak-anaknya itu. Lebih menyedihkan apabila empat dari tujuh anaknya...

Wanita warga emas kritikal lengan dibaham dalam tali air

LEESBURG: Pihak berkuasa Florida berkata, seekor buaya membaham hingga putus lengan seorang wanita warga emas, semalam. Jurucakap Suruhanjaya Pemuliharaan Perikanan dan Hidupan Liar Florida berkata, wanita terbabit dalam keadaan kritikal. Pejabat Sheriff pula menyatakan, mangsa ialah Carol Hough, 84. Jiran Carol, Delmas Zickefoose, berkata wanita warga emas itu terjatuh ke sebatang terusan sedalam kira-kira 1.2 meter yang ada di belakang...

Pura-pura sakit untuk tipu rakan, saudara

MOUNT HOLLY (New Jersey): Seorang wanita memperdaya sanak saudaranya untuk mendapatkan wang tunai, makanan serta majlis kahwin dengan mendakwa dia menghidap barah pundi kencing. Lori Stilley, 40, dituduh mencuri dengan menipu.  Nenurut pegawai, pada Februari 2011, Lori yang berasal dari New Jersey, memberitahu mereka yang rapat dengannya dan memuatnaikkannya dalam Facebook bahawa dia menghidap barah dan keadaannya semakin teruk.  Pihak...

Wanita hamil 8 bulan maut

Keadaan kereta Wira dipandu Mohd Romdan. BENTONG – Hasrat pasangan suami isteri untuk menimang cahaya mata sulung tidak kesampaian apabila mereka terbabit dalam kemalangan di Kilometer 9.5 Jalan Baru Bentong-Raub, kira-kira jam 9 malam kelmarin. Ketika itu, Jefri Khusairi, 28, bersama isterinya, Norazila Amira Radzuan, 24, yang mengandung lapan bulan dalam perjalanan balik dari rumah keluarga mereka di Kampung Lebu ke Kuala Lumpur menaiki...

Pelajar maut dirempuh guru

Keadaan motosikal mangsa setelah bertembung dengan Toyota Innova, semalam SABAK BERNAM - Seorang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bedena menemui ajal setelah motosikal yang ditunggangnya bertembung kenderaan dipandu seorang guru, di Jalan Lama Kuala Selangor, awal pagi semalam. Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Noor Mushar Mohamad berkata, dalam kejadian kira-kira jam 7.10 pagi itu, mangsa yang menunggang motosikal EX-5...

Cinta hingga ke mati, gantung diri selepas isteri meninggal

TIMMS dan isteri, Valerie. GLOUCHERSTER: Seorang lelaki pekak dan buta bertindak menggantung diri selepas kematian isterinya akibat sakit jantung. Seorang koroner diberitahu, Stewart Timms, 63, dan isteri, Valerie, 68, yang bisu dan pekak, adalah pasangan dedikasi yang sentiasa hidup saling bantu-membantu. Tetapi selepas Valerie meninggal dunia di rumah mereka di Andoversford, Gloucestershire, suaminya menggantung diri, beberapa meter dari...

Pemburu tangkap buaya 300 kilogram

JACKSON (Mississippi): Sekumpulan pemburu terpaksa ‘bertarung’ kira-kira satu setengah jam sebelum menewaskan seekor buaya seberat 317 kilogram di Delta Mississippi, semalam. Ia dianggap buaya paling besar pernah ditangkap di Mississippi. Delta Mississippi menempatkan kawasan pemburuan yang luas, tapak pembalakan, perladangan dan pusat pengurusan hidupan liar. Seorang daripada pemburu terbabit, Tom Grant, berkata buaya itu ditangkap di sebuah...

Brunei wajibkan kanak-kanak ke tadika, sekolah agama

BANDAR SERI BEGAWAN: Setiap kanak-kanak Islam, berusia antara tujuh dan 15 tahun dan tinggal di Brunei Darussalam, diwajibkan dihantar ke sekolah tadika dan sekolah rendah agama. Ia sebahagian daripada Peraturan wajib Pendidikan Islam 2012 yang ditekankan oleh Sultan Brunei dalam ucapannya pada sambutan Hari Guru, baru-baru ini. Peraturan itu akan dilaksanakan bermula 1 Januari, tahun depan.  Ia turut menekankan kewajipan pendidikan...

Lesbian ketawakan RM200 juta tawaran bapa

Gigi Chao HONG KONG: Anak perempuan bilionair play- boy yang didakwa lesbian, mentertawakan tindakan bapanya menawarkan hampir RM200 juta kepada mana-mana lelaki yang boleh mengembalikannya menjadi wanita tulen. Cecil Chao Sze-tsung, antara orang paling kaya di Hong Kong menawarkan hadiah itu selepas anaknya, Gigi berkahwin dengan teman wanitanya, Seab Eav di Perancis.  Taikun hartanah itu yang tidak dapat menerima perkahwinan sesama...

Mayat pelombong gagal dikeluarkan

BEBERAPA ahli keluarga Sze Chun tidak dapat menahan kesedihan selepas mayatnya gagal dibawa keluar di Gunung Tabai, Bau semalam. KUCHING – Misi mengeluarkan mayat pelombong emas haram yang mati dihempap dua bongkah batu sebesar kereta Perodua Kancil di kaki Gunung Tabai dekat sini awal pagi kelmarin, dihentikan terus petang semalam atas faktor keselamatan. Ia ekoran operasi semakin rumit selepas berlakunya runtuhan baharu bongkah batu dalam...

Peniaga rentung di dalam Innova

KEADAAN Toyota Innova milik Yan Seng yang hangus selepas melanggar pokok di Lebuh AMJ berhampiran Cheng semalam MELAKA – Hajat seorang lelaki mahu membuka perniagaan menjual alat penggera dan kamera litar tertutup (CCTV) di Taman Melaka Perdana, Alor Gajah pada Sabtu ini tidak kesampaian apabila dia mati rentung selepas kenderaan Toyota Innova yang dipandunya melanggar pokok di Lebuh AMJ berhampiran Cheng di sini semalam. Dalam kejadian...

1,000 jemaah haji wanita Nigeria terkandas di Jeddah

SEKUMPULAN jemaah haji wanita meninggalkan balai ketibaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Mallam Aminu Kano sebaik sahaja mereka tiba dari Jeddah pada Rabu. Mereka tidak dibenarkan memasuki Mekah kerana tidak ditemani oleh mahram. ABUJA - Kerajaan Arab Saudi telah menolak kemasukan lebih 1,000 jemaah haji wanita dari negara ini kerana tidak ditemani oleh lelaki atau mahram masing-masing, kata beberapa pegawai Nigeria kelmarin. Semua wanita...

Wanita Nepal bersuami dua

GAMBAR pada 18 September menunjukkan Pasang (kiri) bersama abangnya, Mingmar Lama yang berkongsi seorang isteri bersama dua anak mereka. - AFP UPPER DOLPA, Nepal – Apabila Tashi Sangmo berusia 17 tahun, gadis itu mengahwini jirannya yang berumur 14 tahun dan adik lelakinya di sebuah kampung di pedalaman banjaran Himalaya di Nepal. Pada zaman dahulu, anak-anak lelaki dalam hampir setiap keluarga di rantau ini akan berkongsi seorang wanita sebagai...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...