Penulis cerita seram Jepun Koji Suzuki telah bergabung dengan Hayashi Paper bagi menerbitkan karya penulisannya iaitu "Drop" di atas tisu tandas.
Suzuki sememangnya terkenal dengan penulisan cerita seram seperti "Ring" dan "Dark Water" dimana karyanya itu telah difilemkan dalam versi Jepun dan juga Hollywood.
Drop diletakkan di dalam tandas awam. Cerita penuh yang dihasilkan adalah sepanjang 3 kaki dan boleh dibaca dalam masa beberapa minit sahaja. Segulung tisu tandas ini dijual dengan harga 210 yen ($2.20 USD).
Tisu tandas bercetak bukanlah sesuatu yang baru di Jepun namun ini adalah pertama kalinya percetakan cerita seram dilakukan. Mungkin bahan bacaan sebegini akan membuat kejutan yang tidak dijangka seperti mereka yang sedang sembelit dapat membuat air besar dengan mudah atau kematian akibat serangan jantung di dalam tandas.
0 comments:
Post a Comment