Saturday, December 15, 2012

Tin minuman bergas meletup

Minuman bergas mungkin menjadi kegemaran ramai. Tetapi AWAS! Minuman berkarbonat dalam tin ini sebenarnya mampu meletup dan boleh mengakibatkan kecederaan serius.

Tin minuman ringan meletup

Kes sebegini pernah dialami sendiri oleh seorang kanak-kanak di Shanghai, China. Tin 'Pepsi Cola' yang diambilnya dari peti sejuk meletup secara tiba-tiba selepas dibuka. Kejadian tersebut berlaku pada 25 Julai lalu.

Akibat insiden letupan itu, pipi kirinya mengalami kecederaan dan terpaksa dijahit. Mujurlah ianya tidak mengenai mata. Jika tidak, kemungkinan besar matanya boleh menjadi buta. Laporan kejadian telah dihantar kepada syarikat yang bertanggungjawab tetapi masih belum ada penjelasan lanjut.

1 comment:

  1. Yup pernah tengok kes yang sama once..tapi Alhamdulillah semuanya OK..letupan tu tak kuat sangat. Sebenarnya bahaya because gas kat dalam tu pressure boleh jadi terlalu kuat..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...