Sunday, January 20, 2013

Jambatan Tidak Kemana-mana di New Zealand

Satu dari daya tarikan di Taman Negara Whanganui, New Zealand ialah Jambatan Tidak Kemana-mana (Bridge to Nowhere). Ianya adalah jambatan terbengkalai yang diperbuat daripada konkrit bagi merentasi jeram Mangapura di tengah-tengah hutan belantara. Dengan tiada laluan untuk dituju, jambatan tersebut bagaikan sesuatu yang mengarut. Sesiapa yang ingin ke jambatan tersebut harus menaiki bot atau kayak, kemudiannya perlu meredah denai-denai dan juga belukar kira-kira dalam 40 minit perjalanan.

Jambatan Tidak Kemana-mana

Jambatan tersebut dibina bagi merentasi Mangapurua sebagai laluan ke kawasan dimana kerajaan telah membuka tanah baru untuk perintis peladang pada tahun 1917. Ianya lebih dikhususkan kepada para tentera yang pulang dari perang dunia pertama. Jambatan tersebut dibina terdahulu dan ura-uranya laluan bakal dibina selepas jambatan tersebut siap. Namun, kawasan itu terlalu jauh malahan tanah-tanah disekeliling tidak sesuai untuk aktiviti pertanian. Kawasan yang seharusnya menjadi tapak pertanian tersebut akhirnya ditumbuhi semak dan menjadi hutan liar.

Jambatan Tidak Kemana-mana
Jambatan Tidak Kemana-mana

Sebelum ini, jambatan kayu pernah dibina sebagai akses utama untuk kuda-kuda merentasi lembah tersebut. Selepas beberapa tahun, masyarakat setempat membuat desakan dan jambatan konkrit dibina pada tahun 1936. Walaubagaimanapun, ianya hanya digunakan selama enam tahun. Tentera di Lembah Mangapurua keluar dari tanah mereka kerana tanaman mereka tidak menjadi. Hutan dan semak samun mula tumbuh dan mereka menghapuskan segala tinggalan kecuali jambatan tersebut.

Jambatan Tidak Kemana-mana
Jambatan Tidak Kemana-mana

Jambatan Tidak Kemana-mana ini hanya boleh dijumpai setelah menaiki bot atau kayak melalui sungai Whanganui dari Pipiriki atau Whakahoro ke Mangapura. Dari situ, pelancong harus berjalan kaki selama 40 minit untuk sampai ke destinasi. Alternatifnya, pelancong juga boleh berjalan kaki selama tiga hari dari Whakahoro ke utara melalui Kaiwhakauka dan juga lembah Mangapurua. Terdapat beberapa syarikat perlancongan yang beroperasi di sekitar sungai Whanganui, dan mereka menyediakan tempat tinggal bagi sesiapa yang ingin bermalam di sungai tersebut.

Jambatan Tidak Kemana-mana

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...