Wednesday, January 23, 2013

Nenek seludup kokain dihukum mati

DENPASAR - Sebuah mahkamah Indonesia semalam menjatuhkan hukuman mati ke atas seorang nenek dari Britain kerana menyeludup kokain ke pulau peranginan Bali.

Lindsay Sandiford

"Kami mendapati Lindsay Sandiford bersalah membawa masuk narkotik (dadah) dan menjatuhkan hukuman mati terhadap defendan," kata Hakim Amser Simanjuntak di Mahkamah Daerah Denpasar di sini.

Lindsay Sandiford

Sandiford, 56, ditangkap di lapangan terbang antarabangsa Bali bersama sejumlah 4.79 kilogram kokain bernilai AS$2.5 juta (RM7.5 juta) yang disembunyikan di dalam beg pakaiannya pada Mei lalu.

Lindsay Sandiford

Polis berkata, dia kemudian membantu siasatan pihak berkuasa yang membawa kepada penahanan tiga rakyat Britain dan seorang warga India berhubung kes dadah.

Hukuman berat itu mengejutkan pihak pendakwa raya kerana mereka pada bulan lalu mencadangkan agar Sandiford dihukum penjara selama 15 tahun selepas dia mengakui kesalahannya dan berkelakuan sopan di mahkamah.

Lindsay Sandiford

Namun, seorang hakim dalam panel berkenaan, Bagus Komang Wijaya Adi semalam berkata, tiada situasi yang membolehkan hukuman kes tersebut diringankan.

"Semua bukti menunjukkan defendan bersalah," katanya.

Lindsay Sandiford

Indonesia melaksanakan hukuman berat terhadap penyeludup dadah dengan mereka boleh dihukum mati atau dipenjara seumur hidup.

Hukuman mati di Indonesia dilaksanakan oleh skuad penembak, biasanya, pada waktu malam di lokasi yang dirahsiakan. 

sumber- Agensi

1 comment:

  1. agaknya yang bernama lindsay ni memang bermasalah lah.. tengok je lindsay lohan..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...