Saturday, January 19, 2013

Warga emas bersenam dalam salji

JILIN, China – Seorang lelaki warga emas yang berusia 77 tahun sanggup meredah musim sejuk yang melanda China baru-baru ini dengan hanya memakai seluar pendek untuk bersenam demi kesihatan badannya.

Warga emas bersenam dalam salji

Gao Yinyu yang juga merupakan seorang pesara guru bersenam setiap pagi di sepanjang tebing sungai Shonghuajiang.

Warga emas bersenam dalam salji
Warga emas bersenam dalam salji

Suhu di kawasan Jilin kini mencecah di bawah paras negatif 25 darjah celsius.

Selain bersenam, Gao juga dilihat turun ke dalam sungai Shonghuajiang untuk mandi dan tidak memakai pakaian.

Warga emas bersenam dalam salji
Warga emas bersenam dalam salji

Gao berkata, dia telah bersenam setiap pagi dengan hanya memakai seluar pendek setiap pagi sejak sedekad lalu selepas bersara. Gao tidak pernah terlepas walaupun sehari untuk melakukan rutin senamannya itu.

Warga emas bersenam dalam salji
Warga emas bersenam dalam salji

Sejak melakukan rutin tersebut, Gao didapati jarang diserang demam atau selesema. Pekerja lelaki di China biasanya akan bersara pada usia 60 tahun. 

sumber- Agensi

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...