Saturday, February 23, 2013

Kejamnya penghasilan beg kulit ular

Di sebuah perkampungan kecil yang terletak di Kapetakan, Jawa Barat, terdapat sebuah rumah penyembelihan ular untuk pemprosesan daging dan kulitnya. Wakira memiliki kilang yang memproses beratus-ratus meter kulit ular untuk dijual kepada kilang lain yang terletak di Jawa Barat dan Jawa Tengah dimana ianya akan dijadikan produk seperti beg, kasut, dompet, dan juga tali pinggang. Daging ular tersebut tidak dibazirkan. Ianya dipercayai mujarab untuk mengubati masalah kulit, asma, dan mampu memperkuatkan tenaga batin.

Kejamnya penghasilan beg kulit ular

Wakira mengupah sepuluh orang pekerja dan memperoleh pendapatan kira-kira RM4,700 sebulan dari penghasilan kilangnya. Kebiasaannya, sebuah beg yang diperbuat dari kulit ular dijual dengan harga RM48 hingga RM100 bergantung pada saiznya. Jika ianya sampai ke butik pakaian barat, harganya mampu mencecah sehingga lebih RM12,000.

Kejamnya penghasilan beg kulit ular

Ular-ular yang berusia sekitar 3 hingga 4 tahun ini kebiasaannya ditangkap oleh penduduk kampung dan dibayar mengikut hasil tangkapan. Adakalanya, tugas memburu ular ini dilakukan oleh sekumpulan besar individu yang akan memasang perangkap di hutan dan atau di kawasan semak. Ular yang ditangkap akan dikumpul dalam beg kanvas sebelum dijual kepada kilang pemprosesan seperti yang dimiliki oleh Wakira.

Kejamnya penghasilan beg kulit ular

Tibanya di kilang, kepala ular-ular ini akan dihentak dengan menggunakan belakang parang. Kemudiannya mereka akan memproses ular tersebut dengan cara yang kejam seperti memasukkan hos paip ke dalam rahangnya dan pelbagai perkara lain yang sukar digambarkan sehinggalah ular tersebut terkeluar dari kulitnya seperti menanggalkan sarung tangan getah.

Kejamnya penghasilan beg kulit ular

Kulit-kulit ini akan dikeringkan menggunakan ketuhar. Mereka juga akan mengeringkannya di bawah cahaya matahari bergantung pada bentuk dan gaya beg yang ingin dihasilkan. Ular yang telah ditanggalkan kulitnya akan dibiarkan mati mengambil masa kira-kira dua hingga tiga hari.

Kejamnya penghasilan beg kulit ular

Kilang Wakira merupakan salah sebuah kilang yang beroperasi secara haram di Asia Tenggara. Di Indonesia sahaja, industri ini mengupah kira-kira 175,000 individu dimana 150,000 adalah penangkap ular.

Kejamnya penghasilan beg kulit ular
Kejamnya penghasilan beg kulit ular
Kejamnya penghasilan beg kulit ular
Kejamnya penghasilan beg kulit ular
Kejamnya penghasilan beg kulit ular
Kejamnya penghasilan beg kulit ular
Kejamnya penghasilan beg kulit ular
Kejamnya penghasilan beg kulit ular
Kejamnya penghasilan beg kulit ular
Kejamnya penghasilan beg kulit ular

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...