Monday, February 25, 2013

Kisah sedih bayi Makhluk Asing yang enggan diterima ibunya

Bayi malang yang tidak dinamakan ini mempunyai penyakit kepala membesar seakan makhluk asing. Berat kepalanya sahaja mencecah 2.15kg. Berdasarkan Dr. Hiren Thumer, terdapat permasalahan dimana air terkumpul di bahagian kepala bayi tersebut.

Kisah sedih bayi Makhluk Asing yang enggan diterima ibunya

"Kepalanya membengkak seperti belon kerana air terkumpul di bahagian otaknya sehinggakan dia kelihatan tidak sama seperti bayi biasa. Kebiasaannya, kelahiran sebegini amat jarang berlaku iaitu satu dari beratus ribu kelahiran," kata Dr. Hiren.

Bayi sebegini amat berisiko untuk meninggal dunia terutamanya ketika enam bulan pertama. Dr. Hiren menjelaskan perkara tersebut boleh diatasi sekiranya dilakukan pembedahan otak. Namun apa yang menjadi masalah disini ialah keluarga bayi tersebut sendiri yang tidak mahukannya.

Bayi ini dilahirkan oleh Sonal Waghela yang berasal dari Gujarat, India. Ketika Sonal pertama kali melihat anaknya, badannya terkulai dan pengsan kerana terlalu terkejut. Dia enggan untuk menamakannya, bercakap dengannya, malah enggan untuk menjaganya. Sampailah satu ketika, bayi tersebut terpaksa disusukan oleh wanita lain kerana Sonal enggan membenarkan bayi itu mendekati walau di kakinya.

Mungkin bagi Sonal bayi tersebut tidak layak untuk menjadi anaknya, tetapi pada hakikatnya Sonal sendiri yang tidak layak untuk menjadi ibu bayi tersebut.

5 comments:

  1. sedih pula tengok bayi yg tak berdosa nie..memang ibu dia tak layak jadi ibu..klu dia mati semoga dia masuk syurga dan dpt batil mas...

    ReplyDelete
  2. kesian gila. Ya ALLAH. jahatnya T_______________T

    ReplyDelete
  3. apalah yg baby itu tahu..dia tak minta dilahirkan sebegitu..

    ReplyDelete
  4. ibu2 sekarang mmg x de naluri kasih ibu...

    ReplyDelete
  5. kasian ... anak yang tidak berdosa malah disalahkan

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...