Fakta menarik mengenai tahun 1752. Jika dilihat pada bulan September 1752, anda akan perasan bahawa terdapat 11 hari yang hilang pada bulan tersebut. Bagaimana ini terjadi?
Penjelasannya ialah, pada bulan tersebut, kerajaan England telah menukar penggunaan kalendar Roman Julian kepada kalendar Gregorian. Tahun bagi kalendar Julian dikatakan adalah 11 hari lebih panjang berbanding kalendar Gregorian. Raja England pada ketika itu telah mengarahkan 11 hari yang berlebihan ini dikeluarkan terus dari kalendar pada bulan tersebut.
Maka, para pekerja yang bekerja pada September 1752 bekerja kurang 11 hari, tetapi mendapat gaji untuk sebulan penuh. Dari situlah konsep cuti bergaji telah dilahirkan.
ada juga hari yang hilang ye?haha
ReplyDeleteSangat bermanfaat. Terima kasih
ReplyDeletekelendar dan tarikh hanya ciptaan manusia...tarikh yg sebenar hanya tuhan maha mengetahui
ReplyDelete