Selamat Datang Ke blog-ketegaq.blogspot.com

Blog terbaik yang menyediakan pelbagai cerita dan artikel menarik dari seluruh dunia. Like kami di facebook tanda sokongan anda dan untuk mendapat update artikel terkini dari kami.

Isu Semasa

Artikel-artikel terkini mengenai isu semasa dalam dan luar negara. Segalanya dari sumber-sumber yang boleh dipercayai.

Pelik

Segala fakta dan artikel mengenai perkara-perkara yang pelik boleh diperolehi di sini. Semua artikel adalah berdasarkan sumber dan kesahihannya anda sendiri tentukan.

Herba Dan Botani

Artikel mengenai tumbuh-tumbuhan yang digunakan untuk perubatan dan penjagaan kesihatan.

Alam Ghaib

Himpunan artikel mengenai alam ghaib yang sukar diperjelaskan dengan mata kasar. Admin mengalukan sumbangan artikel, gambar-gambar atau video untuk dikongsi bersama dalam blog ini.

Monday, June 25, 2012

Pelajar sekolah jumpa bayi dibuang tepi semak


KOTA BHARU – Seorang pelajar sekolah tidak menyangka gumpalan kertas surat khabar berlumuran darah yang ditemuinya semalam dalam perjalanan ke sekolah, mengandungi seorang bayi lelaki yang masih hidup.

Mohd Razif Zaid, 15, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjung Mas di sini berkata, dia menemui bayi berkenaan dalam kertas surat khabar di tepi semak ketika berjalan ke sekolah bersama seorang rakan pukul 7.20 pagi.

“Saya bersama rakan terkejut apabila ternampak kertas surat khabar itu penuh dengan darah di tepi semak dan apabila mendekati melihat seorang bayi lelaki yang dipercayai baru dilahirkan ditinggalkan di situ.


“Saya kemudian memberitahu pekerja kantin sekolah mengenainya sebelum dia (pekerja kantin) menghubungi polis untuk tindakan seterusnya,” kata Mohd Razif kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian.

Pelajar itu berkata, bayi itu masih bertali pusat dan tidak menangis.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, ACP Azham Othman ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut dan berkata, bayi berkenaan kini ditempatkan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk pemeriksaan susulan.

sumber – BERNAMA

Pokok Pinang


Pokok pinang (nama saintifik: Areca catechu, bahasa Inggeris: betelnut, tulisan Cina: 檳榔) merupakan satu spesis tumbuhan palma yang tumbuh di kebanyakan kawasan tropika Pasifik, Asia, dan bahagian-bahagian Afrika timur. Pokoknya bersaiz sederhana dengan ketinggiannya mencecah 20 meter, dengan diameter batangnya setebal 20-30 cm

Daunnya berukuran 1.5-2m panjangnya, berbucu tajam, dan terdiri daripada anak daun yang banyak bilangannya. Pinang ditanam untuk memperoleh benihnya yang penting dari segi ekonomi, iaitu buah pinang (betel nut). Benih ini mengandungi bahan alkaloid seperti arecaine dan arecoline, yang dianggap boleh menyebabkan rasa keasyikan dalam penggunanya apabila dikunyah. Pokok pinang ditanam dan tumbuh di India, Malaysia, Taiwan dan banyak lagi negara Asia lain untuk benihnya. 

Pulau Pinang yang terletak berdekatan pantai barat Semenanjung Malaysia, dinamakan sempena nama "pinang". Dalam adat perkahwinan orang Melayu serta orang India di Malaysia, sireh pinang amat penting . Sireh , pinang, gambir, kapur , lada hitam , kemenyan dan lain-lain diletakkan dalam tepak sireh. Pokok Pinang juga merupakan asal bagi nama pekan Bukit Pinang yang merupakan Bekas Ibu Negeri Kedah sebelum abad ke 18

sumber-wikipedia

Sirih

sireh pinang adat orang melayu

Sirih ( Sireh ) atau nama saintifiknya Piper betle, merujuk kepada dauh sirih yang diambil dari pokok Sirih, sejenis pokok menjalar, yang merupakan satu bahan penting dalam kebudayaan Melayu. Pokok ini berasal dari Malaysia dan kini boleh turut dijumpai di India, Indonesia dan Sri Lanka. Daun sirih mempunyai bentuk yang hampir menyerupai Daun Kaduk. Ia penting dalam adat perkahwinan melayu dan perubatan Melayu tradisional. Pada kebiasaannya dahulu, pokok sirih banyak ditanam di kampung-kampung. Daun sirih berwarna hijau gelap dan bersaiz kira-kira 15 cm panjang dan 10 cm lebar. Ia juga mudah didapati di pasar, terutamanya di kawasan pedalaman. 

Sirih digunakan oleh orang Melayu sebagai hantaran dalam istiadat perkahwinan orang Melayu. Sirih juga digunakan dalam upacara menjampi seseorang dalam proses mengubati pesakit. Selain daripada itu, daun sirih juga boleh dimakan bersama-sama gambir untuk mengubati cirit-birit. Bagi mengubati pendarahan pada hidung, daun sirih digulung dan disumbat ke dalam lubang hidung untuk menghentikan pengaliran darah dari dalam hidung.

sumber-wikipedia

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...