Selamat Datang Ke blog-ketegaq.blogspot.com

Blog terbaik yang menyediakan pelbagai cerita dan artikel menarik dari seluruh dunia. Like kami di facebook tanda sokongan anda dan untuk mendapat update artikel terkini dari kami.

Isu Semasa

Artikel-artikel terkini mengenai isu semasa dalam dan luar negara. Segalanya dari sumber-sumber yang boleh dipercayai.

Pelik

Segala fakta dan artikel mengenai perkara-perkara yang pelik boleh diperolehi di sini. Semua artikel adalah berdasarkan sumber dan kesahihannya anda sendiri tentukan.

Herba Dan Botani

Artikel mengenai tumbuh-tumbuhan yang digunakan untuk perubatan dan penjagaan kesihatan.

Alam Ghaib

Himpunan artikel mengenai alam ghaib yang sukar diperjelaskan dengan mata kasar. Admin mengalukan sumbangan artikel, gambar-gambar atau video untuk dikongsi bersama dalam blog ini.

Sunday, July 8, 2012

3 lelaki ditahan

JOHOR BAHRU: Selaras senapang patah bersama tiga butir peluru dan dua pistol automatik antara senjata dirampas daripada tiga penjenayah yang diburu Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Johor selepas menyamun serta memeras seorang wanita warga Singapura dan keluarganya.

Dalam operasi khas jam 5 pagi hingga 12 tengah hari Rabu lalu, polis turut merampas satu lencana berlogo PDRM dipercayai digunakan suspek ketika melakukan jenayah.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata, tiga lelaki berusia 33 hingga 45 tahun ditahan bagi membantu siasatan.

“Susulan laporan diterima daripada mangsa berkaitan kejadian menimpanya, kami menubuhkan pasukan khas untuk menjejak penjenayah.

“Hasil risikan serta maklumat awam, kami menyerbu tiga rumah di sekitar Felda Ulu Tebrau dan menahan ketiga-tiga suspek dipercayai dalang kes,” katanya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, semalam..




Menurut Mokhtar, dengan kejayaan itu, pihaknya yakin dapat menyelesaikan kes membabitkan warga Singapura itu serta beberapa lagi kes samun lain dilakukan suspek.

Mokhtar berkata, ia berdasarkan siasatan awal pihaknya selain penemuan pelbagai barangan berharga dipercayai milik mangsa samun di kediaman terbabit.

“Selain menemui semula kereta jenis Nissan Sunny milik mangsa, kami merampas kereta jenis Hyundai Optima dilaporkan disamun di sebuah stesen minyak di Jalan Tebrau pada 2 Julai lalu dan sebuah Proton Perdana disamun di Taman Austin Perdana pada 25 Jun lalu. “Pemeriksaan turut menemui 14 telefon bimbit, dokumen pengenalan diri, lesen memandu, kad bank serta kad kredit milik individu dipercayai mangsa samun,” katanya.

Menurut Mokhtar, semakan rekod lalu mendapati semua suspek terbabit pernah ditahan atas kesalahan samun, curi kenderaan, pecah rumah dan penyalahgunaan dadah di negeri ini.

Dua daripada suspek berkenaan juga disenarai sebagai individu dikehendaki polis bagi membantu siasatan kes curi kenderaan dan mengikut Akta Dadah Berbahaya (ADB) di Johor Bahru serta Kota Tinggi.

Mengulas lanjut kejayaan itu, Mokhtar menafikan penjenayah di negeri ini menjadikan warga Singapura sebagai mangsa, sebaliknya beliau menyifatkan kejadian sama boleh menimpa sesiapa saja tanpa mengira kerakyatan.


sumber- HMetro

Angkara teguran

KAJANG: Tiga pelajar lelaki tingkatan enam sebuah sekolah menengah di Nilai, Negeri Sembilan, dekat sini, cedera dibelasah sekumpulan samseng hanya kerana menegur adik seorang ahli kumpulan itu membuat bising ketika menyertai satu program di sekolah itu, malam kelmarin.

Seorang daripada mangsa yang cedera mata kanan akibat ditumbuk serta diterajang mendakwa, kejadian berlaku jam 10.45 malam ketika 90 pelajar tingkatan tiga ingin pulang selepas selesai mengikuti program bestari anjuran pihak sekolah..


Mangsa, Muhammad Najib Zulkarnain, 18, ketika ditemui di rumahnya di Bandar Seri Putra, Kajang berkata, kejadian turut disaksikan beberapa guru dan ibu bapa pelajar yang menjemput anak mereka.

sumber- HMetro

Pelajar tingkatan dua dirogol teman lelaki

DUNGUN – Tindakan seorang gadis sunti berumur 14 tahun mengikut teman lelakinya ke sebuah rumah di Sura dekat sini mengundang padah apabila dia dipercayai menjadi mangsa rogol lelaki terbabit.

Peristiwa hitam membabitkan pelajar tingkatan dua salah sebuah sekolah di bandar Dungun itu dipercayai berlaku pada 2 Julai lalu ketika gadis berkenaan bermalam di rumah nenek teman lelakinya di Kampung Cina, dekat sini.

Kejadian disedari mangsa sebaik dia bangun daripada tidur lalu mendapati pakaiannya telah tertanggal dan bertelanjang, manakala teman lelakinya itu difahamkan berada di sisinya.

Mangsa mengesyaki telah dirogol oleh teman lelakinya membuat laporan di Balai Polis Dungun berkaitan kejadian tersebut kira-kira jam 12 tengah malam, 4 Julai lalu..


Timbalan Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Ismail Abdullah mengesahkan menerima laporan dan siasatan sedang dijalankan.

sumber- Sinar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...