Selamat Datang Ke blog-ketegaq.blogspot.com

Blog terbaik yang menyediakan pelbagai cerita dan artikel menarik dari seluruh dunia. Like kami di facebook tanda sokongan anda dan untuk mendapat update artikel terkini dari kami.

Isu Semasa

Artikel-artikel terkini mengenai isu semasa dalam dan luar negara. Segalanya dari sumber-sumber yang boleh dipercayai.

Pelik

Segala fakta dan artikel mengenai perkara-perkara yang pelik boleh diperolehi di sini. Semua artikel adalah berdasarkan sumber dan kesahihannya anda sendiri tentukan.

Herba Dan Botani

Artikel mengenai tumbuh-tumbuhan yang digunakan untuk perubatan dan penjagaan kesihatan.

Alam Ghaib

Himpunan artikel mengenai alam ghaib yang sukar diperjelaskan dengan mata kasar. Admin mengalukan sumbangan artikel, gambar-gambar atau video untuk dikongsi bersama dalam blog ini.

Saturday, July 14, 2012

Manusia berekor di India


Seorang lelaki dari Alipurduar, Bengal Barat india dikatakan mempunyai ekor yang dipercayai hasil pertumbuhan daging yang bertulang lunak sepanjang 33 cm. Lelaki ini yang bernama Chandre Oram dipercayai adalah keturunan Dewa Monyet atau Reinkarnasi Hanoman. Menurut laporan Daily time, Oram menyatakan "Ramai yang sembuh dari penyakit kronikselepas mereka menyentuh ekor saya" Kenyataan itu menyebabkan tempat Oram menjadi kawasan tumpuan masyarakat india untuk mendapat keajaiban dengan menyentuh ekornya. Namun, bukan kesemuanya perkara baik bagi Oram. Seramai 20 wanita telah menolak cinta atau penikahan bersama dengan Oram apabila mereka melihat ekornya. Selepas diagnosis, seorang pakar bedah mengenal pasti bahawa ekornya itu sebagai cacat bawaan yang membuatkan daging dan tulangnya menonjol sepanjang itu. Doktor mengesahkan bahawa Oram bukan dewa.


10 lukisan termahal di dunia yang pernah terjual

Berikut adalah 10 lukisan termahal yang pernah dijual dalam sejarah dunia:


10 – Bal Au Moulin De La Galette, Montmartre


Dilukis oleh Pierre-Auguste Renoir, ia dijual kepada seorang jutawan Jepun, Ryoei Saito pada 1990-an dengan harga RM 238.3 juta.


 9 – False Start


Lukisan ini dilukis oleh Jasper Johns pada tahun 1959 dan dibeli oleh seorang jutawan bernama Kenneth Griffin dengan harga RM 240 juta.


8 – Portrait of Dr. Gachet


Lukisan ini sekali lagi dibeli oleh seorang jutawan Jepun, Ryoei Saito dengan harga RM 247.5 juta pada 1990. Ia dilukis oleh Vincent Van Gogh.


7 – Triptych 1976


Lukisan ini dibeli oleh seorang jutawan terkenal dunia, Roman Abramovich setelah dinasihatkan oleh teman wanitanya, Daria Zhukova dengan harga RM 258.9 juta pada tahun 2010. Ia dilukis oleh Francis Bacon.


6 – Adele Bloch-Bauer II


Dilukis oleh Gustav Klimt pada 1912, ia dijual kepada seorang pembeli yang dirahsiakan namanya dengan harga RM 263.7 juta.


5 – Dora Maar Au Chat


Lukisan ini dilukis oleh pelukis terkenal dunia, Pablo Picasco dan dijual kepada seorang pembeli rahsia dengan harga RM 285.6 juta.


4 – Garcon A La Pipe


Lukisan di atas ini sekali lagi dilukis oleh Pablo Picasco ketika dia baru sahaja berusia 24 tahun pada 1905.  Ia dijual kepada seorang pembeli rahsia dengan harga RM 312.3 juta.


3 – Adele Bloch-Bauer I


Lukisan hasil karya Gustav Klimt ini dijual kepada seorang jutawan kosmetik, Ronald Lauder dengan harga RM 405 juta.



2 – Woman III


Lukisan hasil karya Willem de Kooning ini adalah satu-satunya lukisan yang pernah dijual oleh pelukisnya dengan harga RM 412.5 juta. Ia dijual kepada David Geffen pada November 2006.


1 – No. 5, 1948


Inilah lukisan termahal di dunia yang pernah terjual setakat ini, karya pelukis Jackson Pollock. Ia dijual kepada jutawan David Martinez dengan harga RM 420 juta!

sumber- Luxatic, Billy info

12 gambar kasut pelik

Kasut adalah sejenis alas kaki biasanya diperbuat daripada getah, kulit, kain, dan lain-lain yang menutupi bahagian kaki manusia. Tujuannya untuk melindungi dan memberikan keselesaan kepada kaki ketika melakukan pelbagai aktiviti. Namun, ianya juga direka berdasarkan kehendak dan kepuasan diri. Gambar di bawah ini adalah diantara kasut terpelik pernah di reka.
Kasut yang versitel khusus untuk peminat lamboghini
Mempunyai cerucuk tajam dan ganas

Kasut bertumit tinggi berkonsepkan kasut selam

Tapak kasut yang tinggi 
Kasut yang mempunyai sayap
Kasut yang boleh bertukar menjadi transformer
Lukisan kaki pada kasut
Kasut yang mempunyai gameboy
Kasut yang mempunyai cd player dan sound system
Kasut Berbikini
Kasut yang jijik berbentuk tikus
Menyeramkan kerana kasut ini seakan kaki sebenar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...