Selamat Datang Ke blog-ketegaq.blogspot.com

Blog terbaik yang menyediakan pelbagai cerita dan artikel menarik dari seluruh dunia. Like kami di facebook tanda sokongan anda dan untuk mendapat update artikel terkini dari kami.

Isu Semasa

Artikel-artikel terkini mengenai isu semasa dalam dan luar negara. Segalanya dari sumber-sumber yang boleh dipercayai.

Pelik

Segala fakta dan artikel mengenai perkara-perkara yang pelik boleh diperolehi di sini. Semua artikel adalah berdasarkan sumber dan kesahihannya anda sendiri tentukan.

Herba Dan Botani

Artikel mengenai tumbuh-tumbuhan yang digunakan untuk perubatan dan penjagaan kesihatan.

Alam Ghaib

Himpunan artikel mengenai alam ghaib yang sukar diperjelaskan dengan mata kasar. Admin mengalukan sumbangan artikel, gambar-gambar atau video untuk dikongsi bersama dalam blog ini.

Monday, July 16, 2012

Pelajar tingkatan empat dipukul 18 rakannya dipercayai curi duit

IPOH - Seorang pelajar tingkatan empat sebuah Sekolah Menengah Kampung Gajah dekat sini, mengalami lebam-lebam akibat dipukul oleh rakan-rakannya kerana dikatakan mencuri wang RM100 milik seorang pelajar di asrama sekolah itu, awal pagi tadi.   

Dalam kejadian selama kira-kira tiga jam bermula pada 1.30 pagi itu, mangsa Muhammad Fareez Akmar Mustapa, 16, dibawa ke sebuah bilik di asrama terbabit sebelum dipukul dengan objek keras menyebabkan dia lebam di belakang badan, betis, peha dan muka. 

Mangsa ketika ditemui pemberita di rumahnya di Manjoi hari ini berkata dia dipukul oleh kira-kira 18 orang rakannya apabila tidak mengaku mencuri wang tersebut.

"Saya ditarik oleh pelajar-pelajar itu ke dalam sebuah bilik di asrama sebelum dipukul berkali-kali...guna selipar dan batang penyapu. 

"Selepas dipukul, saya terlantar di lantai dan selepas lima minit saya bangun dan telefon mak saya untuk datang ke asrama," katanya.



Sementara itu, ibunya Azian Ismail, 40, berkata beliau telah membuat laporan polis dan membawa anaknya ke hospital berhampiran bagi mendapatkan pemeriksaan dan rawatan.

"Saya mintak pihak hospital berikan cuti untuk anak saya berehat," katanya.  

Azian meminta pihak sekolah mengambil tindakan sewajarnya terhadap pelajar terlibat. 

Ketua Polis Daerah Perak Tengah Supt Mohamad Fakri Che Sulaiman mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan akan menyiasat kes mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan.

"Kita sedang mengumpul maklumat daripada pihak pengurusan sekolah dan asrama," katanya.

sumber- Bernama

Sekeluarga dikurung

GOMBAK: Satu keluarga berdepan detik mencemaskan apabila kediaman mereka di Taman Rawang Perdana, dekat sini diceroboh masuk tiga lelaki tidak dikenali yang menyamun barangan berharga dalam rumah menyebabkan kerugian dianggarkan RM50,000.

Suspek turut melarikan kereta Toyota Estima milik keluarga terbabit untuk melarikan diri sebelum meninggalkannya di tepi jalan berhampiran kediaman mangsa.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 pagi itu, wanita berkenaan berusia 50 tahun yang sedang menyiapkan cucunya untuk ke sekolah terkejut apabila tiga lelaki bersenjatakan pisau dan pistol masuk ke dalam rumah.


Menurut sumber, mangsa yang terkejut menjerit memanggil suami dan anaknya yang berada di dalam bilik sebelum suspek kemudian mengacukan parang ke lehernya dan mengarahkan dia supaya mendiamkan diri jika tidak mahu dicederakan.

sumber- HMetro

Tak sempat lepas gian

LABUAN: Hasrat tiga sekawan melepaskan gian bersama-sama terbantut apabila mereka dicekup polis dalam ‘Operasi Tapis’ di hadapan sebuah hotel, di sini, kelmarin.

Dalam serbuan jam 10.30 malam, ketiga-tiga lelaki berusia 20-an itu dilihat berada dalam keadaan mencurigakan dalam sebuah kenderaan di kawasan berkenaan sebelum dihampiri dan ditahan sepasukan pegawai serta anggota polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Labuan.

Pemeriksaan menemui satu keratan penyedut minuman dipercayai mengandungi syabu menyebabkan semua mereka ditahan untuk siasatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Labuan, Superintendan Saiman Kasran berkata, pihaknya mengesan sebuah Perodua Kembara dinaiki tiga lelaki berada dalam keadaan mencurigakan di hadapan sebuah hotel.

“Sebaik dihampiri, polis memperkenalkan diri selain meminta kebenaran untuk melakukan pemeriksaan tubuh terhadap semua mereka, namun tidak menemui sebarang benda terlarang.

“Pemeriksaan dalam kenderaan menemui satu keratan penyedut minuman plastik mengandungi syabu seberat 0.12 gram,” katanya.

Beliau berkata, ketiga-tiga suspek dibawa ke IPD Labuan untuk ujian air kencing dan disahkan positif syabu.

“Siasatan mendapati ketiga-tiga mereka memiliki dadah untuk kegunaan sendiri dan polis masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti sumber bekalan itu diperoleh.

“Semua suspek direman empat hari bermula hari ini (semalam) mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya (ABD) 1952 dan Seksyen 15(1)(a) akta sama,” katanya.


Sementara itu, dalam operasi sama, polis menahan seorang lelaki di sekitar Jalan Tun Mustapha pada jam 9 malam pada hari sama.

“Suspek berusia 40-an dibawa ke IPD Labuan untuk ujian air kencing dan didapati positif dadah.

“Polis sentiasa melakukan operasi sama di sekitar bandar bagi membanteras kegiatan berkaitan dadah,” katanya.

sumber- HMetro

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...