Selamat Datang Ke blog-ketegaq.blogspot.com

Blog terbaik yang menyediakan pelbagai cerita dan artikel menarik dari seluruh dunia. Like kami di facebook tanda sokongan anda dan untuk mendapat update artikel terkini dari kami.

Isu Semasa

Artikel-artikel terkini mengenai isu semasa dalam dan luar negara. Segalanya dari sumber-sumber yang boleh dipercayai.

Pelik

Segala fakta dan artikel mengenai perkara-perkara yang pelik boleh diperolehi di sini. Semua artikel adalah berdasarkan sumber dan kesahihannya anda sendiri tentukan.

Herba Dan Botani

Artikel mengenai tumbuh-tumbuhan yang digunakan untuk perubatan dan penjagaan kesihatan.

Alam Ghaib

Himpunan artikel mengenai alam ghaib yang sukar diperjelaskan dengan mata kasar. Admin mengalukan sumbangan artikel, gambar-gambar atau video untuk dikongsi bersama dalam blog ini.

Friday, July 27, 2012

Seminggu selepas kematian suami, rumah pula terbakar

 Seminggu selepas kematian suami, rumah pula terbakar
Anggota Bomba dan Penyelamat cuba mengawal kebakaran yang memusnahkan dua buah rumah di Jalan Gajah Mati. - foto BERNAMA
KOTA BHARU - Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga, seorang suri rumah yang baru kematian suaminya bernasib malang apabila rumahnya di Jalan Gajah Mati, musnah dalam kebakaran, hari ini.

Kebakaran pada pukul 12 tengah hari itu mengakibatkan Rohani Che Ka, 43, bersama tiga anaknya masing-masing berusia 7 bulan dan 4 serta 6 tahun tinggal sehelai sepinggang.

Sebuah rumah milik jirannya, Hoi Toi Loo, 56, turut musnah. 

Rohani berkata ketika kejadian, dia sedang berehat di ruang tamu selepas menjemput anaknya dari tadika berhampiran dan menyedari kebakaran setelah mendengar jeritan jiran bahawa bahagian atas rumah separuh papan yang disewanya itu terbakar.

"Walaupun semua barang keperluan tidak dapat diselamatkan, saya bersyukur kerana dapat menyelamatkan nyawa kami sekeluarga," katanya ketika ditemui di tempat kejadian, di sini.

Antara barangan yang musnah ialah pakaian raya ketiga-tiga anaknya serta pelbagai kelengkapan rumah dan perabot.
Menurut Rohani, arwah suaminya Ramli Musa, 44, seorang pemandu teksi meninggal dunia secara mengejut selepas terjatuh di dalam bilik air di rumahnya seminggu lalu.

"Saya reda dengan apa yang berlaku ini, cuma apa yang menyedihkan saya ialah kerana baru saja kematian suami dan terpaksa menanggung tiga anak," katanya.

Empat jentera Bomba dan Penyelamat dengan 15 anggota, iaitu tiga dari Kota Bharu dan sebuah dari Kota Darulnaim berjaya mengawal api daripada merebak dalam tempoh setengah jam.

Pegawai Kanan Bomba dan Penyelamat Kota Baharu Azman Yasok berkata punca kebakaran dan jumlah kerugian masih disiasat.

sumber- Bernama

Ibu muda positif HIV jual anak

HIV AIDS

KUALA TERENGGANU - Dek kerana desakan akibat kemiskinan selain positif HIV seorang ibu sanggup menjual anak kandungnya dengan harga RM1,800.

Namun tindakan ibu muda itu untuk menjual bayi lelakinya yang ketika itu berusia beberapa bulan, berjaya dikesan Komuniti Cakna Terengganu (KCT).

Desakan hidup mendorong beliau mengambil keputusan tersebut apatah lagi bapa bayi malang itu tidak dapat dikesan selepas mereka terjebak dalam aktiviti yang tidak sihat sehingga wanita itu mengandungkan bayi berkenaan.

Nasib bayi malang itu bagaimanapun mendapat pembelaan KCT apabila mengetahui perkara itu lebih awal dan kini membela kanak-kanak tersebut sejak setahun lalu.

Presiden KCT Dr Mustapa Che Omar berkata bayi yang kini ditempatkan di rumah wanita dan kanak-kanak seliaan KCT di Ajil, Hulu Terengganu berada dalam keadaan baik.

"Setakat ini bayi ini masih sihat tetapi masih awal untuk kesan sama ada dia dijangkiti HIV atau tidak," katanya ketika ditemui pada Majlis Iftar Ramadan di Hotel Primula di sini semalam yang turut dihadiri Presiden Majlis Aids Malaysia Datuk Dr Raj Karim.

Dalam pada itu, katanya penghidap HIV tidak wajar disisihkan oleh masyarakat kerana kebanyakan mereka menjadi mangsa keadaan sehingga mendapat jangkitan penyakit tersebut.

Sementara itu, menurut Dr Raj tindakan yang dilakukan KCT membela bayi tersebut dan penghidap HIV lain yang tidak mempunyai keluarga adalah tindakan terpuji bagi memberi mereka semangat untuk meneruskan kehidupan.

"Dengan adanya pusat perlindungan seperti ini akan bantu mereka mendapat pendidikan, kaunseling dan dilatih dengan berbagai kemahiran," katanya. - Bernama

sumber- Sinar

1 maut kapal tangki MISC terbakar, 4 hilang

gambar mangsa Bunga Alpina
Kapal tangki minyak Bunga Alpinia terbakar dan meletup di jeti terminal Petronas Chemicals Methanol Sdn Bhd berdekatan dengan Pulau Enoe, Labuan. - Foto Bernama

Kebakaran di atas kapal tangki 'Bunga Alpinia' milik MISC Berhad, di sini awal hari ini menyebabkan seorang anak kapal terbunuh
dan empat lagi masih hilang.

Letupan yang berlaku dalam kebakaran pada 2.30 pagi itu, menggegarkan Labuan.

Anak kapal yang terbunuh dikenali sebagai Syahril Azmi Baharudin, dan empat yang hilang adalah Zahari Hashim, Mohd Hanafi Khairil, Mohd Nazim Kamsani dan
seorang warga Filipina, Colangoy.

Menurut MISC, kejadian berlaku ketika kapal itu sedang mengisi metanol di terminal Petronas Chemicals Methanol Sdn Bhd di sini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Labuan Zainal Madasin berkata operasi mencari dan menyelamat dihentikan sementara pada 6 petang untuk membolehkan petugas berbuka puasa dan disambung selepas itu.

MISC berkata, keluarga dan waris mangsa telah dimaklumkan berhubung kejadian itu.

Talian hotline telah disediakan bagi keluarga mangsa yang terlibat untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Menurut MISC, kapal 38,000 DWT IMO II itu mempunyai 29 anak kapal yang terdiri daripada 23 rakyat Malaysia dan enam rakyat Filipina.

Seramai 24 anak kapal telah berjaya diselamatkan.

Sementara itu, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Chemicals Group Berhad Dr Abd Hapiz Abdullah berkata letupan itu berlaku selepas beberapa
jam proses pengisian bahan kimia ke dalam kapal dilakukan. Proses mengisi bahan kimia itu memakan masa kira-kira 24 jam.

Beliau berkata, dalam kejadian itu, hanya seorang sahaja kakitangan syarikat itu yang cedera dan mengalami kecederaan di mata.

Beliau berkata, petugas syarikat Petronas Chemicals, yang identitinya tidak dimaklumkan adalah dalam keadaan stabil dan akan dirujuk kepada pakar mata esok.

Abd Hapiz berkata, pada masa kejadian terdapat 14 kakitangan Petronas Chemicals yang sedang bertugas di bilik kawalan, bagaimanapun tidak mengalami
sebarang kecederaan.

Terdapat kira-kira 200 kakitangan Petronas Chemicals yang bertugas di loji tersebut.

Abd Hafidz berkata, ekoran kebakaran itu, operasi 'plant one' dihentikan sementara waktu, manakala 'plant two' tidak terjejas.

Beliau juga mengesahkan tidak ada kebocoran berlaku di perairan Labuan berikutan kebakaran kapal MISC itu.

Beliau berkata pihaknya memandang serius kejadian yang tidak diduga itu, dan keselamatan merupakan keutamaan dalam operasi syarikat itu.

Sementara itu, penduduk kampung berhampiran terminal Petronas iaitu Patau-Patau 1 dan 2, iaitu kira-kira 100 meter dari terminal berkenaan, awal pagi tadi dibangunkan dengan bunyi dentuman yang kuat, dan diikuti dengan gegaran.

Salah seorang penduduk Maimunah Mahmud dari Kampung Patau-Patau 1 berkata, pada masa kejadian beliau sedang memasak untuk sahur, dan keluarganya yang tidur masa itu semua terkejut lalu meluru keluar dari rumah untuk melihat apa yang berlaku.

"Dentuman itu diikuti dengan api yang menerjah ke langit. Kami semua panik bercampur takut ketika itu, bimbang kampung kami akan terbakar kerana rumah kami
di hadapan tapak operasi Petronas itu," katanya.

Bagi Awang Kadir Abdullah yang tinggal di Kampung Patau-Patau 1 berkata, kejadian yang mengerunkan itu merupakan kejadian yang pertama kali berlaku di
loji itu.

Kejadian itu telah menimbulkan kerisauan dalam kalangan penduduk kampung mengenai keselamatan mereka kerana kedudukan kampung mereka yang terlalu dekat dengan loji itu, katanya.

"Kita tidak nafikan operasi metanol ini telah banyak menjana aktiviti ekonomi penduduk setempat, namun aspek keselamatan perlu juga diambil kira. Kita
percaya pihak Petronas sedar akan perkara ini, dan kita tahu mereka sentiasa mengutamakan ciri-ciri keselamatan," katanya.

sumber- Bernama

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...