Selamat Datang Ke blog-ketegaq.blogspot.com

Blog terbaik yang menyediakan pelbagai cerita dan artikel menarik dari seluruh dunia. Like kami di facebook tanda sokongan anda dan untuk mendapat update artikel terkini dari kami.

Isu Semasa

Artikel-artikel terkini mengenai isu semasa dalam dan luar negara. Segalanya dari sumber-sumber yang boleh dipercayai.

Pelik

Segala fakta dan artikel mengenai perkara-perkara yang pelik boleh diperolehi di sini. Semua artikel adalah berdasarkan sumber dan kesahihannya anda sendiri tentukan.

Herba Dan Botani

Artikel mengenai tumbuh-tumbuhan yang digunakan untuk perubatan dan penjagaan kesihatan.

Alam Ghaib

Himpunan artikel mengenai alam ghaib yang sukar diperjelaskan dengan mata kasar. Admin mengalukan sumbangan artikel, gambar-gambar atau video untuk dikongsi bersama dalam blog ini.

Sunday, July 29, 2012

Bas 'Double Decker' yang unik

Sebuah bas dua tingkat yang popular di kota London tahun 1957 telah ditukar menjadi arca seni apabila dua lengan gergasi telah dipasang dan membuatkan bas tersebut boleh membuat gaya manusia melakukan tekan tubi. Ia dibuat untuk menjadikan Sukan Olimpik 2012 diingati dan menandakan pembukaan sukan tersebut di kota London pada hari Jumaat lepas.

london bus

london bus

london bus

london bus

london bus

london bus

london bus

london bus

london bus
sumber- gambar-cool

Lima penjenayah berputih mata

kereta perompak
BEGINILAH keadaan kereta Proton Waja dinaiki penjenayah yang remuk selepas kemalangan di Segambut, Kuala Lumpur awal pagi kelmarin.
KUALA LUMPUR - Sekumpulan lima penjenayah bukan sahaja gagal menyamun malah kesemua mereka cedera selepas kenderaan yang dinaiki terlibat dalam kemalangan di Taman SPPK, Segambut di sini semalam.

Kejadian pada pukul 4 pagi di persimpangan lampu isyarat itu menyebabkan lima suspek berusia 19 hingga 25 tahun itu cedera apabila kereta Proton Waja yang mereka curi, bertembung dengan sebuah kereta Proton Persona yang dinaiki oleh lima wanita warga Thailand.

Seorang daripada suspek terbabit cedera parah dan dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur manakala lima wanita warga asing berkenaan cedera ringan.

Empat lagi suspek lain pula dibawa ke Hospital Selayang untuk rawatan lanjut selepas cedera ringan.

sumber- Kosmo

'Penembak Batman' pesakit mental

Real Joker, penjenayah terkejam, pembunuh terkejam, pesakit mental

AURORA, Colorado - Suspek penembak tayangan perdana filem Batman, James Holmes (gambar) dilaporkan telah menemui seorang pakar psikiatri berpengalaman mengenai skizofrenia sebelum membunuh 12 orang, menurut dokumen mahkamah kelmarin.

Skizofrenia merupakan sejenis penyakit mental yang menyebabkan gangguan perasaan dan tingkah laku.

Holmes menghantar sebuah buku nota mengandungi butiran dan lakaran tentang rancangannya untuk melakukan pembunuhan beramai-ramai itu kepada pakar psikiatri Universiti Colorado di Amerika Syarikat (AS), Lynne Fenton.

Setakat ini, masih tidak jelas sama ada nota itu sampai kepada Fenton manakala polis bersikap mendiamkan diri ekoran arahan hakim yang mengadili kes berkenaan.

Kewujudan buku nota itu hanya diketahui selepas Hakim Daerah Arapahoe, William Sylvester mendedahkan permintaan pihak pembelaan agar polis menyerahkan buku nota itu kepada mereka.

Permintaan itu dibuat dengan alasan buku nota tersebut adalah komunikasi antara pesakit dan doktor yang dilindungi di bawah undang-undang AS dan tidak boleh digunakan sebagai bahan bukti di mahkamah.

Holmes, 24, yang mengambil program ijazah kedoktoran dalam bidang neurosains di Universiti Colorado Denver, Amerika Syarikat akan didakwa di mahkamah esok kerana melakukan 12 pembunuhan dan 58 cubaan membunuh.

Hakim akan mendengar permohonan pihak pembelaan pada hari yang sama.

Lelaki itu masuk ke pawagam Century 16 di sini, dalam negeri Colorado melalui laluan kebakaran sejurus selepas tayangan Batman: The Dark Knight Rises bermula dan membaling beberapa tin bom asap ke dalam panggung.

Beberapa saksi memberitahu, selepas melepaskan sedas tembakan ke udara, Holmes menembak ke arah penonton dengan menggunakan sepucuk raifal pada 20 Julai lalu.

Raifal berkenaan berupaya melepaskan 60 das tembakan seminit.

Polis berkata, Holmes yang turut mewarnakan rambutnya merah seperti warna rambut musuh Batman, Joker kemudian menyerah diri di luar pawagam berkenaan.

Lelaki itu kini ditahan bersendirian dalam sebuah kurungan di Pusat Tahanan Daerah Arapahoe. Dia berdepan hukuman mati jika didapati bersalah.

Namun, pihak berkuasa Colorado hanya melaksanakan hukuman tersebut ke atas seorang banduan di negeri itu sejak tahun 1976.

Sementara itu, akhbar AS, Deccan Chronicle melaporkan pada minggu ini bahawa Jabatan Polis Aurora menafikan terdapat penembak kedua dalam serangan tersebut.

Seorang rakan Holmes yang disoal siasat sebelum ini dibebaskan selepas dia didapati tiada kaitan dengan kes tersebut. 

sumber- Agensi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...