Selamat Datang Ke blog-ketegaq.blogspot.com

Blog terbaik yang menyediakan pelbagai cerita dan artikel menarik dari seluruh dunia. Like kami di facebook tanda sokongan anda dan untuk mendapat update artikel terkini dari kami.

Isu Semasa

Artikel-artikel terkini mengenai isu semasa dalam dan luar negara. Segalanya dari sumber-sumber yang boleh dipercayai.

Pelik

Segala fakta dan artikel mengenai perkara-perkara yang pelik boleh diperolehi di sini. Semua artikel adalah berdasarkan sumber dan kesahihannya anda sendiri tentukan.

Herba Dan Botani

Artikel mengenai tumbuh-tumbuhan yang digunakan untuk perubatan dan penjagaan kesihatan.

Alam Ghaib

Himpunan artikel mengenai alam ghaib yang sukar diperjelaskan dengan mata kasar. Admin mengalukan sumbangan artikel, gambar-gambar atau video untuk dikongsi bersama dalam blog ini.

Wednesday, August 15, 2012

Obama minta diberitahu penemuan makhluk asing

makhluk asing ditemui
Obama
PASADENA, California - Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama kelmarin telah mengusik beberapa saintis Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) yang bertanggungjawab dalam penerokaan kenderaan Curiosity di Marikh.

Obama memberi arahan kepada mereka agar memaklumkan dengan segera kepadanya jika mereka bertemu dengan makhluk asing di planet tersebut.

"Jika secara kebetulan anda bertemu dengan hidupan asing di Marikh tolong beritahu saya dengan segera," kata Obama sambil bergurau ketika dia menghubungi para saintis di sebuah makmal NASA di California dari pesawat Air Force One.

"Saya mempunyai banyak perkara lain yang perlu difikirkan namun ia (penemuan itu) akan berada dalam senarai utama saya. Walaupun ia hanya sejenis mikro organisma, saya sangat teruja untuk mengetahuinya," kata Obama.

Kenderaan robotik Curiosity itu mendarat di Marikh pada 5 Ogos lalu dengan misi selama dua tahun untuk mencari sebarang tanda kewujudan kehidupan.

Ia mendarat di Kawah Gale yang mempunyai pemandangan Gunung Sharp dan jerebu.

Kos projek yang dikendalikan NASA itu ialah AS$2.5 bilion (RM7.8 bilion).

Kenderaan robotik berkuasa nuklear itu mengharungi penerbangan sejauh 566 juta kilometer selama lapan bulan sebelum ia tiba di Marikh. 

sumber- AFP

'Ladang' di atas bumbung

SEORANG wanita berjalan di 'ladang sayur-sayuran' di Hong Kong pada 31 Julai lalu.
SEORANG wanita berjalan di 'ladang sayur-sayuran' di Hong Kong pada 31 Julai lalu.
HONG KONG - Bumbung sebuah bangunan 14 tingkat di sini menjadi 'ladang' untuk menanam pelbagai jenis sayur-sayuran, lapor agensi berita AFP semalam.

Ladang itu dimiliki oleh Osbert Lam yang menyewakan tempat untuk menanam sayur-sayuran di kawasan seluas 930 meter persegi.

Antara sayur-sayuran yang ditanam itu ialah timun dan ubi kentang.

Lam yang merupakan seorang usahawan tempatan menyewa kepada orang ramai untuk menanam sayur-sayuran pada harga antara AS$20 (RM62.33) hingga AS$25 (RM77.92) sebulan.

"Saya berpendapat ladang di bandar raya menjadi semakin popular.

"Orang ramai yang datang ke ladang ini berasa amat gembira. Ia umpama ketenangan dan satu jalan keluar," kata Lam.

Seorang jururawat, Melanie Lam yang menanam sayur-sayuran di atas bumbung itu berkata: "Saya berasa gembira memakan sayur-sayuran yang saya tanam berbanding makanan yang saya beli di pasar raya." 

sumber- Agensi

Muzium Tubuh Manusia di Bangkok

SEORANG kakitangan Universiti Chulalongkorn tersenyum semasa melihat organ dalaman manusia.
SEORANG kakitangan Universiti Chulalongkorn tersenyum semasa melihat organ dalaman manusia.
BANGKOK - Muzium Tubuh Manusia di Universiti Chulalongkorn di sini merupakan yang pertama di Asia Tenggara mempamerkan lebih 130 spesimen anatomi manusia.

Semua spesimen itu bernilai lebih 100 juta baht (RM9,916,650.50) yang didermakan Universiti Pergigian dan Perubatan Jepun. 

sumber- Reuters

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...